Forex

Jul 4

4 min dibaca

Platform perdagangan

Platform perdagangan di Forex: konsep dan funsgsi-fungsi

Platform Dagangan Tukaran Mata Wang Asing: Bagi memulakan proses perdagangan, perkara utama yang perlu ada adalah platform dagangan. Platform dagangan ialah sebuah set perisian yang digunakan untuk berdagang dalam talian dan membina interaksi antara broker dan trader.

Apakah MetaTrader 4?

Dalam erti kata lain, platform dagangan ialah satu perisian, dipasang dalam komputer trader dan digunakan untuk berdagang dalam talian. Sesetengah platform hanya perlu menggunakan internet tanpa perlu dipasang dalam komputer. Walaubagaimanapun, kebanyakan platform dagangan akan dipasang dalam peranti (PC), yang akan digunakan untuk proses perdagangan. Terdapat juga versi telefon mudah alih, bagi trader yang menggunakan PDA, telefon pintar dan peranti mudah alih lain.

Terdapat pelbagai platform perdagangan yang ada kini, namun platform yang paling popular ialah MetaTrader 4.

Platform dagangan akan diberikan kepada anda oleh broker dengan percuma semasa pembukaan akaun, sama ada akaun live atau akaun latihan. Broker akan menawarkan kepada pelanggan mereka sama ada perisian mereka sendiri atau membeli produk berlesen.

Platform dagangan akan menjalankan beberapa fungsi penting:

  • Platform dagangan akan mempamerkan situasi pasaran, bermaksud semua maklumat sebut harga dalam tempoh masa sebenar akan diperuntukkan. Maklumat ini disusun dan dikumpul untuk dipamerkan dalam bentuk graf. Anda boleh memilih jangkauan masa, yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat. Jangkauan masa (time gap) dipanggil sebagai jangka masa. Misalnya, jika anda memilih jangka masa 30 minit, maka graf candlestick atau graf bar (bergantung pada graf yang dipilih) akan ditetapkan bersesuaian dengan jangka masa 30 minit.
  • Platform dagangan menjalankan dagangan dengan meletakkan perintah pasaran dan perintah belum selesai, menguruskan posisi perintah, dan memantau keadaan akaun perdagangan pada bila-bila masa bagi memudahkan trader (kecuali pada hujung minggu dan cuti umum).
  • Platform memiliki instrumen yang boleh melaksanakan analisis teknikal – terima kasih kepada petunjuk-petunjuk (indicators) yang telah terbina – ia memberi peluang untuk membuat urus niaga secara automatik (menggunakan penasihat (EA), yang menjalankan operasi perdagangan tanpa penyertaan trader, berdasarkan algoritma yang telah ditulis sebelum ini).
  • Terdapat beberapa alat dalam platform dagangan yang bertugas untuk memudahkan proses perdagangan. Alatan berikut adalah: garis berita masa sebenar dari agensi-agensi maklumat utama, amaran yang menunjukkan sistem dagangan atau acara yang penting, sejarah akaun, pembentukan laporan bagi urus niaga dan sebagainya.

Terdapat pelbagai platform perdagangan yang ada kini, namun platform yang paling popular ialah MetaTrader 4 yang telah dibangunkan oleh Syarikat Perincian MetaQuotes. Bagi mempelajari dengan lebih lanjut tentang cir-ciri MetaTrader 4, sila lawati laman web ini.