Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Proses perdagangan

Langkah yang paling penting ketika berdagang adalah membuka perintah dan menutup perintah untuk membaiki keputusan dagangan.

Membuka perintah

Anda boleh berdagang dalam platform MetaTrader 4 dengan memberi perintah pasaran ataupun perintah belum selesai. Perintah pasaran akan digunakan untuk membuka posisi pada ketika itu juga. Manakala perintah belum selesai akan membuka posisi apabila harga yang telah ditetapkan pada awalnya tercapai. Perintah belum selesai membolehkan anda berdagang walaupun ketika anda tiada di hadapan komputer. Selepas perintah belum selesai dikeluarkan, ia akan dibuka apabila tahap harga yang telah ditetapkan tercapai, walaupun ketika platform ditutup.

pending orders
Terdapat empat jenis perintah belum selesai untuk membuka posisi:
  • Buy Limit – posisi untuk membuka belian jika harga Ask lebih rendah atau sama dengan harga tawaran (tahap harga ketika ingin meletakkan harga adalah lebih tinggi daripada tahap harga Buy Limit).
  • Buy Stop – posisi untuk membuka belian jika harga Ask lebih tinggi atau sama dengan harga tawaran (tahap harga ketika ingin meletakkan harga adalah lebih rendah daripada tahap harga Buy Stop).
  • Sell Limit – posisi untuk menjual belian jika harga Bid lebih tinggi atau sama dengan harga tawaran (tahap harga semasa meletakkan tawaran adalah lebih rendah daripada tahap Sell Limit).
  • Sell Stop – posisi untuk menjual belian jika harga Bid menjadi lebih rendah atau sama dengan harga tawaran (tahap harga semasa meletakkan tawaran adalah tinggi daripada tahap Sell Stop).

Memberi Perintah Belum Selesai

  • 1. Buka tab "Perintah Baru". Terdapat beberapa kaedah untuk melakukan ini pada MetaTrader 4:
    • dalam menu "Tools" pilih "Perintah Baru";
    • dalam blok "Terminal", buka tab "Dagangan" dan klik-kanan lalu pilih "Perintah Baru";
    • klik dua kali pada pasangan mata wang dalam tetingkap "Market Watch";
    • klik-kanan pada carta dan pilih "Dagang" – "Perintah Baru";
    • gunakan butang F9.
  • 2. Pilih jenis "Perintah Belum Selesai" (di bawah bahagian "Komen"). Kemudian, anda perlu mengubahsuai maksud sebenar pada bahagian-bahagian ini, seperti:
    • simbol – alatan kewangan yang akan didagangkan;
    • jumlah – jumlah lot;
    • stop loss (tidak penting) – berfungsi untuk mengehadkan kerugian pada harga ditetapkan;
    • take profit (tidak penting) – berfungsi untuk mengubah harga yang telah ditetapkan bagi mengambil keuntungan;
    • jenis – Jenis perintah belum selesai (sell limit, sell stop, buy limit, atau buy stop);
    • harga  – tahap harga, di mana perintah akan dibuka;
    • luput (tidak penting) – berfungsi untuk membatalkan perintah belum selesai (padamkan perintah belum selesai daripada platform jika ianya tidak dibuka sehingga masa yang ditetapkan).
  • 3. Apabila semua maklumat telah dimasukkan, klik "Set" dan selepas ini, perintah belum selesai akan muncul pada tetingkap "Terminal" – "Trade". Jika anda mahu, anda boleh mengubah atau memadam ia (jika ia tidak dibuka lagi), dengan klik-kanan pada perintah dalam tetingkap "Terminal" dan pilih "Mengubah atau memadam perintah". Anda juga boleh mengubah atau memadam perintah belum selesai dengan satu klik.

Contoh: Harga bid bagi pasangan USD/JPY adalah 83.23 pada ketika itu, dan mengikut ramalan anda, harga akan meningkat sehingga 83.33 sebelum ia akan mula jatuh. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mahu berada dalam terminal dan ingin menunggu sehingga harga yang anda ingini, anda boleh meletakkan perintah belum selesai untuk menjual (sell limit), yang akan dibuka apabila harga mencapai 83.33 dan semakin menurun.

Ketika perintah belum selesai dibuka, slippage atau gelinciran mungkin akan berlaku. Slippage adalah amaun daripada pergerakan pasaran ketika perintah baru diberi sehinggalah selepas ia dijalankan. Perintah akan dijalankan sama ada pada harga terbaik atau terburuk selepas perintah ditetapkan.

Anda juga boleh meletak/mengubah perintah belum selesai daripada carta. Baca di sini tentang bagaimana ingin melakukannya.

Membuka Perintah Pasaran

  • 1. Buka tab "Perintah Baru".
  • 2. Isikan pada bahagian:
    • simbol – alatan kewangan yang akan didagangkan;
    • jumlah – saiz lot.
  • 3. Apabila semua maklumat telah diisi, klik "beli" atau "jual" – bergantung kepada posisi yang ingin anda buka: sementara atau berpanjangan. Selepas itu, perintah pasaran akan terpampang pada tetingkap "Terminal" – "Dagangan".

Anda juga boleh membuka perintah baru dengan hanya satu klik. Untuk melakukannya, klik "Tunjuk panel dagangan" di bahagian atas sebelah kiri carta atau klik-kanan pada carta dan pilih "One Click Trading", buka perintah dengan klik "beli" or "jual".

Perintah pasaran akan dijalankan mengikut kaedah Pelaksanaan Pasaran, maka gelinciran (slippage) mungkin akan berlaku ketika proses pelaksanaan pasaran berlaku. Seperti yang dinyatakan, gelinciran adalah amaun daripada pergerakan pasaran ketika perintah baru diberi sehinggalah selepas ia dijalankan.

Perhatian:
  • Adalah mustahil untuk memberi perintah Take Profit dan Stop Loss apabila perintah pasaran dibuka. Sekatan ini berpunca daripada ciri-ciri sistem Pelaksanaan Pasaran ketika perintah diberi. Ia hanya boleh ditetap kembali dengan mengubah perintah yang telah dibuka. Untuk melakukan ini, pada tab "Dagangan", klik-kanan pada perintah dan pilih "Ubah Perintah". Masukkan tahap yang diingini untuk Take Profit dan Stop Loss dalam paparan tetingkap dan klik "Ubah". Anda boleh set/ubah Take Profit dan Stop Loss daripada carta juga.
  • Apabila meletakkan perintah, klik pada butang Enter tidak akan menayangkan arahan pada broker untuk membuka sebarang posisi.

Menutup Perintah

Untuk membaiki keputusan dagangan anda, anda perlu menutup perintah. Ada pelbagai cara untuk melakukannya: bagi menetapkan tahapTake Profit dan Stop Loss atau menutup mengikut pasaran.

  • 1. Stop Loss dan Take Profit adalah perintah daripada pelanggan untuk menutup posisi yang telah dibuka sebelum ini. Ia akan dilaksanakan secara automatik. Setelah tahap ditetapkan, anda tidak perlu berada dalam terminal sepanjang masa untuk menunggu pelaksanaan perintah berlaku.

    Stop Loss bertujuan untuk meminimumkan kerugian, jika harga alatan kewangan mula ke arah kerugian. Jika harga mencapai tahap yang ditetapkan, perintah akan ditutup secara automatik.

    Take Profit adalah untuk memperbaiki keuntungan ketika harga mencapai tahap yang dianggarkan. Pelaksanaan perintah ketika ini akan membaiki keuntungan secara automatik.

    Adalah penting untuk memahami yang anda perlu menetapkan perintah Stop Loss/Take Profit pada tahap tertentu, agar anda dapat mengurangkan risiko dan meningkatkan keuntungan. Apabila membuka perintah untuk menjual, Take Profit mesti lebih rendah daripada harga ketika itu, dan Stop Loss pula mestilah lebih tinggi. Apabila membuka perintah untuk membeli, Stop Loss mestilah ditetapkan pada tahap yang lebih rendah daripada harga ketika itu, manakala Take Profit pula ditetapkan pada harga lebih tinggi.

    Pelaksanaan Take Profit dan Stop Loss sama seperti pelaksanaan perintah henti belum selesai dan perintah had beli. Take Profit adalah perintah had manakala Stop Loss adalah perintah berhenti.

    Seperti yang telah dinyatakan, Take Profit dan Stop Loss hanya boleh ditetapkan semula apabila anda mengubah perintah yang telah dibuka.

  • 2. Tutup oleh pasaran adalah sangat penting jika anda ingin menutup perintah dengan segera. Untuk menutup perintah oleh pasaran, anda perlu klik sebanyak dua kali pada perintah di tetingkap "Terminal" – "Trade" atau klik kanan pada perintah dan pilih "Tutup perintah". Pada bahagian tetingkap yang dipaparkan, klik "Tutup". Perintah boleh ditutup dengan hanya satu klik. Hanya klik "x" pada kolum "Keuntungan" sebaris dengan perintah yang diinginkan.

    Selepas klik, keputusan dagangan akan terpapar pada tetingkap "Terminal" – "Sejarah akaun". Semua maklumat tentang perintah yang ditutup akan disimpan di sini.

Jika anda tidak menjumpai jawapan bagi persoalan anda, FAQ dan kumpulan sokongan JustMarkets sentiasa boleh membantu anda. Untuk melihat bagaimana apa yang dibincangkan dalam artikel berfungsi, anda boleh membuka akaun latihan. Jika anda ingin mendapatkan keuntungan sebenar, buka akaun sebenar dan mula berdagang.

oleh JustMarkets, 24/10/2016

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi