Psikologi perdagangan

Bersedia dari segi psikologi adalah amat penting apabila anda ingin mencapai keputusan yang terbaik. Pemula, yang baru berdagang sering menganggap Forex sebagai sesuatu yang mudah untuk dipelajari, tapi ia sebenarnya tidak benar. Anda boleh memperoleh sedikit keuntungan pada awalnya, mula hilang pertimbangan dan akibatnya kehilangan segala-galanya!

Pada peringkat permulaan, anda boleh mula mengatur dan mencatat segala strategi yang akan digunakan. Dalam masa yang singkat, anda akan mengetahui sama ada strategi yang diguna mampu menghasilkan keuntungan yang banyak atau tidak. Anda boleh menggunakan pelbagai strategi dan mengetahui ia mungkin tidak sebagus yang disangka, dan anda akan hilang pertimbangan, lalu mengambil tindakan atau keputusan yang kerugian ini disebabkan oleh "tutup posisi terlalu awal", "membuka posisi terlalu lama" atau sebagainya.

Situasi di atas terjadi kerana anda tidak bersedia dan kurang keyakinan. Hampir setiap trader yang melakukan dagangan dengan berulang kali percaya bahawa disiplin kendiri, bijak mengawal emosi dan membuat keputusan sebijaknya adalah syarat-syarat penting yang harus ada dalam diri seorang trader.

Psikologi trader

Terdapat pelbagai gangguan dalam pasaran yang tidak dapat dijangka. Anda bertuah jika anda mengetahui apa-apa gangguan yang boleh berlaku! Oleh sebab sifat manusia yang tidak sempurna, keadaan psikologi yang tidak terganggu amat penting.

Lebih bagus anda menggunakan tenaga dan emosi untuk mempelajari strategi baru dan nikmati keuntungan daripada Forex!

Ketika berdagang dalam Forex, anda harus menentukan strategi anda sendiri atau menggunakan sebarang strategi lain. Contohnya, anda memberi perintah, dan kemudian melihat jika semuanya mengikut perancangan atau tidak. Apabila terdapat gangguan dalam pasaran, dan perancangan anda gagal – anda mula panik dan ingin segera menutup perintah. Kemudian, anda mendapati pergerakan graf berubah semula, namun anda sudah kerugian.

Ini adalah salah satu contoh ketidakstabilan psikologi. Apabila terdapat perubahan kecil yang berlaku dan ia tidak dijangka oleh anda, anda akan terburu-buru menutup perintah. Terdapat tiga kemungkinan yang akan berlaku dalam proses perdagangan, iaitu mendapat keuntungan, kerugian atau tidak kehilangan apa-apa. Dalam ketiga-tiga kemungkinan ini, hanya satu kemungkinan yang membawa emosi positif, manakala dua kemungkinan lagi hanya membawa emosi negatif. Oleh itu, apabila anda bertindak ke arah emosi negatif dengan panik, terganggu atau takut, anda tidak akan bersemangat untuk berdagang. Anda seharusnya belajar untuk mengawal emosi malah diri anda sendiri agar tidak meletakkan kegagalan sebagai penamat. Perdagangan Forex tidak hanya menguntungkan, malah mampu memberi kesan ‘hidup’ pada anda. Lebih bagus anda menggunakan tenaga dan emosi anda untuk mempelajari strategi baru dan nikmati keuntungan daripada Forex!

Kesan leverage

Leverage boleh bertindak kejam dengan trader. Kesan leverage membenarkan anda untuk berdagang pada amaun yang lebih besar daripada yang dilaburkan. Namun, leverage boleh menguntungkan atau merugikan anda. Trader sering memilih saiz leverage yang besar untuk menghasilkan jumlah keuntungan yang lebih banyak. Ia seolah-olah sebuah ilusi yang mengatakan "peluang keemasan yang tidak berisiko", tetapi bukan itu yang sering terjadi.

Dana dengan jumlah yang besar boleh menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda, jika ia di bantu oleh leverage, namun jangan dilupa dengan pendapatan yang terhasil itu, terdapat kemungkinan besar untuk kehilangan semua deposit. Trader yang berpengalaman akan menasihatkan anda agar lebih berhati-hati menganalisis pasaran dan memilih saiz leverage yang dapat membantu anda mengelak risiko yang terlampau tinggi.

Tak mustahil untuk melihat tiga emosi ini apabila berurusan dengan pasaran: tamak, harapan dan takut. Setiap trader memiliki pendapat dan reaksi mereka yang tersendiri tentang ketiga-tiga emosi tersebut. Tetapi apa yang pasti, ketiga-tiga emosi itu memiliki satu persamaan – iaitu jika anda menggunakan emosi itu secara berlebihan, anda tidak boleh membuat keputusan dengan tepat. Tamak akan mengakibatkan amarah, harapan – justifikasi dan takut akan menjadi motivasi. Hanya dengan keadaan emosi yang stabil, anda akan berjaya.

Bagaimana ingin mengurangkan tekanan?

Tekanan adalah musuh utama bagi seorang pemula. Setiap individu akan menguruskan tekanan dengan cara yang berbeza. Seseorang individu mungkin akan berputus asa dan tidak mahu memperbaiki kesalahannya lagi, manakala individu lain pula mungkin ingin menyelamatkan keadaan. Perdagangan Forex adalah pekerjaan kedua paling memberi tekanan di dunia, berada di belakang kerja-kerja pengubahsuaian. Namun, jika anda tahu punca tekanan dan masalah ini, anda boleh menyelesaikannya. Amat penting untuk mempelajari pengurusan tekanan. Punca tekanan mungkin berlainan, seperti: kerugian beberapa pips, hinggalah kepada sikap pasangan anda terhadap kerjaya sebagai trader ini. Faktor luaran akan sentiasa menghantui dan membebankan anda, namun anda boleh mengubah sikap ini. Musuh terbesar adalah diri anda sendiri.

Psikologi dagangan adalah satu disiplin yang sangat penting, di mana ia mesti dikaji oleh setiap pedagang, yang ingin bekerja dalam jangka masa panjang dengan pasaran kewangan.

Semasa berurusan dengan pasaran Forex, anda perlu akan keyakinan, tumpuan yang tajam, latihan dan semangat yang kuat. Bukan semuanya bergantung pada sistem dagangan dan strategi pilihan semata-mata. Memang agak sukar untuk bekerja dan mengatasi masalah ini secara bersendirian. Tetapi ianya akan menjadikan anda lebih kuat, dan membantu dalam dagangan malah menjadi faktor utama untuk lebih berjaya! Psikologi dagangan adalah satu disiplin yang sangat penting, di mana ia mesti dikaji oleh setiap pedagang, yang ingin bekerja dalam jangka masa panjang dengan pasaran kewangan.

Amat penting untuk mempelajari teknik mengawal tekanan, kerana apabila anda membuka akaun sebenar, tiada apa yang boleh memisahkan anda daripada keuntungan.

oleh JustMarkets, 24/10/2016

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi