Justmarkets | JUST COMFORTABLE TRADING

Apa itu CFD: Ciri-Ciri dan Manfaat

Forex menyediakan banyak cara untuk menjana wang, termasuk perdagangan pasangan mata wang, indeks, logam berharga. CFD adalah salah satu instrumen yang paling popular.

CFD adalah kontrak perbezaan dan berdasarkan aset pendasar. Aset-aset ini boleh menjadi saham, indeks serta komoditi-komoditi yang lain. Apabila berdagang CFD, pedagang mendapat keuntungan daripada turun naik harga, membuat spekulasi berkenaan kenaikan atau penurunan harganya.

Perdagangan CFD berfungsi mengikut prinsip berikut: anda memilih satu aset dan meramalkan pergerakan harganya. Jika ramalan anda ternyata tepat, anda akan mendapat keuntungan. Sebagai contoh, anda percaya yang US Wall Street Index 30 Index (US30) akan meningkat dan memasuki kontrak CFD untuk peningkatan harga. Jika transaksi ditutup dengan memihak kepada ramalan anda, indeks telah meningkat, broker membayar perbezaan antara harga semasa dan harga pembukaan.

Ciri CFD ialah anda tidak berdagang aset tersebut, tetapi harganya sahaja. Dengan itu, pedagang menjana wang pada harga aset pendasar, bukannya memiliki aset itu sendiri.

Kontrak perbezaan adalah instrumen kewangan derivatif yang berdasarkan kepada perubahan harga aset pendasar. Pada masa yang sama, ia tidak memberi sebarang hak pemilikan aset ini.

Nota sejarah. Kontrak perbezaan muncul di England pada awal tahun 90-an untuk mengelakkan pembayaran duti setem. Disebabkan cara ini tidak menunjukkan pemilikan syer, CFD tidak tertakluk kepada cukai ini. Dana lindung nilai adalah yang pertama menggunakan instrumen ini, dan tidak lama kemudian ia disediakan kepada pedagang runcit. Ketika itu, perdagangan ini hanya melibatkan pembelian dan penjualan perbezaan dalam nilai saham. Hari ini broker menawarkan CFD pada hampir semua komoditi.

Mengapa perdagangan CFD menguntungkan

Berdagang CFD adalah sangat popular. Di antara kelebihannya ialah:
  • Anda boleh berdagang aset tanpa perlu memilikinya dan mendapat keuntungan daripada perbezaan harga sahaja.
  • CFD bukan sahaja instrumen yang berguna untuk jangka masa panjang, tetapi juga untuk pelaburan jangka pendek.
  • Anda boleh menjana daripada pelbagai aset: saham, logam berharga, indeks.
  • Masa transaksi adalah tidak terhad, kontrak boleh ditutup pada bila-bila masa.
  • Disebabkan anda boleh memilih masa yang lama atau singkat, kontrak perbezaan boleh digunakan untuk lindung nilai.
  • CFD didagangkan pada asas margin serta mata wang pada Forex. Untuk memulakan perdagangan, modal awal yang besar tidak semestinya diperlukan.

oleh JustMarkets, 10/07/2019

Artikel Terakhir
Semua Artikel
Lengkok Fibonacci
Lengkok Fibonacci adalah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan paras sokongan dan rintangan yang mungkin dengan memanfaatkan urutan Fibonacci.
Baca lagi
Apa Itu Gann Square?
Secara keseluruhan, Gann Square adalah alat unik dan rumit yang menawarkan pandangan mengenai trend pasaran dan pergerakan harga.
Baca lagi