The Way of the Turtle, buku nukilan Curtis Michael Faith, mengupas dunia trading lebih mendalam, diinspirasikan daripada pengalaman Faith dalam eksperimen Turtle Trading. Buku ini membincangkan tentang strategi yang digunakan Turtles untuk menjadi trader berjaya serta mendalami prinsip psikologi dan filosofi bagaimana disiplin, pembelajaran, penggunaan strategi yang sistematik menjadi kunci kejayaan dalam pasaran kewangan.
Idea Utama dalam Way of The Turtle
Buku ini berkisar tentang disiplin, proses pembelajaran, dan menggunakan strategi trading yang sistematik. Penulis buku ini mengimbas kembali bagaimana sekumpulan trader yang masih baru, dikenali sebagai “Turtles”, telah diajar tentang peraturan dan prinsip khusus untuk berjaya dalam trading. Buku ini menekankan idea bahawa sesiapa sahaja, tidak kira latar belakang, boleh belajar selok belok trading dengan berkesan melalui cara yang berstruktur.
Prinsip Penting yang Ingin Disampaikan Penulis Buku Ini
Curtis Michael Feit menggariskan beberapa prinsip asas dalam buku ini. Secara ringkasnya, prinsip tersebut menyatakan:
1. Trading Bersistematik
-
Pendekatan berasaskan peraturan: Turtle telah dilatih untuk mematuhi peraturan tertentu dalam memasuki dan keluar dari sesebuah trade. Cara ini akan mengurangkan elemen emosi ketika membuat keputusan.
-
Analisis Kuantitatif: Melihat kepentingan dalam menggunakan model matematik untuk membuat keputusan dalam trading. Ia memberi perspektif yang lebih bersifat objektif terhadap pergerakan harga pasaran.
2. Pengurusan Risiko
-
Saiz posisi: Penulis menekankan kepentingan menentukan amaun pelaburan yang tepat dalam setiap trade, di mana ia penting untuk kejayaan jangka masa panjang.
-
Mengawal kerugian: Penggunaan strategi stop-loss untuk mengurangkan kerugian adalah prinsip teras dalam metodologi Turtle.
3. Disiplin Mental
-
Kawalan emosi: Trading yang berjaya menuntut keupayaan trader dalam mengawal emosi, seperti takut atau tamak. Emosi boleh mempengaruhi proses membuat keputusan.
-
Konsistensi: Untuk mencapai hasil yang konsisten, trader perlu mematuhi peraturan atau sistem yang telah ditetapkan, walaupun ketika pasaran tidak menentu.
4. Proses Pembelajaran Berterusan
-
Adaptabiliti: Pasaran sentiasa berubah, dan trader mesti bersedia untuk mengadaptasi strategi mereka berdasarkan maklumat terkini dan pengalaman.
-
Education Pendidikan: Faith menekankan kepentingan pembelajaran berterusan dan sikap sentiasa ingin memperbaiki diri dalam trading. Beliau menggalakkan pembaca sentiasa aktif mencari ilmu.
5. Kepentingan komuniti
-
Sistem Sokongan: Eksperimen Turtle Trading menekankan kepentingan memiliki komuniti yang disertai oleh trader yang berkongsi keghairahan dan minat yang sama, yang boleh menghulurkan sokongan dan berkongsi ilmu.
Buku Way of the Turtle adalah naskah yang mesti dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan proses dalam trading dan mindset yang diperlukan untuk berjaya. Naratif yang disampaikan oleh Curtis Michael Faith menerangkan dunia trading dalam cara yang lebih mudah, malah juga menyediakan formula untuk berfikir secara berdisiplin dan pelaksanaan strategik. Tidak kira sama ada anda seorang trader berpengalaman atau sekadar mencari perspektif berbeza untuk cara membuat keputusan yang efektif, prinsip yang dikupas dalam buku ini sememangnya benar-benar berharga.
Penyampaian cerita oleh Faith dan pengajaran yang boleh diambil daripada Turtle Experiment menekankan bahawa dengan sistem dan mindset yang betul, sukses bukan bergantung pada bakat, tetapi melibatkan disiplin, praktis dan penambahbaikan berterusan. Dalam bahasa mudahnya, sesiapa sahaja boleh berjaya dalam trading tanpa mengira latar belakang. Namun, semuanya bergantung pada kesungguhan untuk belajar, disiplin dan kestabilan emosi.