Apabila kita memikirkan kejayaan perdagangan, kebanyakan orang membayangkan keuntungan yang besar – mencari perdagangan sempurna atau menangkap perubahan yang besar dalam pasaran. Tetapi seperti yang diberitahu oleh pedagang berpengalaman, kejayaan sebenar tidak dibina di atas satu perdagangan berjaya. Ia dibina berdasarkan konsistensi dan peningkatan yang kecil serta berterusan. Di sinilah idea-idea dalam buku Atomic Habits oleh James Clear memainkan peranan.

Falsafah teras Clear berkisar tentang menjadi 1% lebih baik pada setiap hari. Walaupun sekali imbas perkara ini kelihatan remeh, kuasa pertumbuhan majmuk mendedahkan potensinya yang mendalam. Meningkatkan kemahiran perdagangan anda hanya dengan 1% setiap hari – sama ada tentang pemahaman yang lebih baik mengenai pasaran, pengurusan risiko yang lebih baik atau mengawal emosi anda – ia akan membawa kepada perkembangan besar dalam jangka masa panjang.

Kuasa ajaib peningkatan 1% dalam perdagangan

Jadi, bagaimanakah rupa peningkatan 1% dalam amalan untuk pedagang? Ia tentang membuat perubahan yang kecil dan bertujuan pada setiap hari. Berikut adalah beberapa contoh:

  • Menambah Baik Pelaksanaan Strategi: Setiap perdagangan adalah peluang untuk menganalisis dan memperhalusi strategi perdagangan anda. Jika anda bertumpu pada peningkatan 1% dalam proses membuat keputusan setiap hari – sama ada melalui pengurusan risiko yang lebih baik, memahami keadaan pasaran dengan lebih jelas atau memperbaiki titik masuk dan keluar – peningkatan kecil ini akan bergabung menjadi perdagangan yang lebih peka dan berdisiplin dari semasa ke semasa.
  • Miliki emosi anda: Emosi boleh menjadi musuh pedagang yang paling teruk. Jika anda mengawal emosi anda sebanyak 1% setiap hari – dengan menahan keinginan untuk mengejar perdagangan atau belajar menunggu dengan sabar apabila pasaran tidak menentu – anda secara beransur-ansur akan membangunkan ketahanan emosi yang diperlukan untuk kejayaan jangka panjang.
  • Buat penyelidikan dan belajar dengan lebih efisien: Perdagangan memerlukan penyelidikan yang banyak dan sentiasa ada perkara baharu untuk dipelajari. Daripada membebankan diri anda dengan maklumat yang banyak sekali gus, cuba belajar sesuatu yang baharu setiap hari, seperti memahami pola carta baharu atau membaca laporan kewangan syarikat dengan lebih teliti. Lama-kelamaan, ilmu yang sedikit ini akan bertambah.
  • Pengurusan Risiko: Setiap pedagang tahu kepentingan pengurusan risiko, tetapi mudah untuk menjadi leka. Luangkan masa setiap hari untuk mengetatkan pengurusan risiko anda dengan hanya 1% – sama ada menetapkan had yang lebih baik atau mengelak leveraj yang berlebihan – dan tidak lama lagi anda akan dapat mengelak kerugian yang tidak perlu dan melindungi modal sendiri dengan lebih cekap.

Kuasa penggandaan keuntungan

Di sinilah perkara menjadi sangat menarik. Konsep Clear mengenai peningkatan kecil adalah tentang penggabungan. Jika anda meningkatkan prestasi anda 1% setiap hari, anda bukan sahaja 365% lebih baik di hujung tahun – anda akan 37 kali lebih baik disebabkan penggabungan ini! Ini bermaksud perubahan kecil pada setiap hari boleh membawa kepada perkembangan yang ketara dari semasa ke semasa.
Peningkatan = (1+0.01)365= 37.78

Andaikan ia seperti membina otot. Anda tidak akan menjadi kuat sekelip mata. Tetapi, jika anda bertambah baik sedikit setiap hari, anda akan melihat setahun yang lalu dari masa sekarang dan menyedari yang anda telah membuat perkembangan luar biasa tanpa menjadikannya kelihatan seperti tugas yang mustahil.

Membentuk tabiat perdagangan yang baik

Dalam bukunya yang bertajuk Atomic Habits, Clear membincangkan kepentingan tabiat dan sistem. Menetapkan matlamat yang besar untuk diri anda tidak mencukupi (cth., “Saya mahu menjadi pedagang yang berjaya”). Anda perlu mencipta tabiat kecil dan boleh dilakukan yang akan mendorong diri anda untuk mencapai matlamat itu. Dalam perdagangan, ia boleh semudah ini: di akhir setiap hari, buat analisis perdagangan anda, tulis perkara yang telah berjalan lancar, dan kenal pasti satu perkara yang perlu ditambah baik.

Pada masa itu, tabiat-tabiat ini mungkin kelihatan kecil dan tidak penting, tetapi lama kelamaan, ia akan membina asas kukuh untuk kejayaan yang berterusan. Seperti yang dikatakan oleh Clear, “Anda tidak meninggikan tahap matlamat sendiri; anda jatuh ke tahap sistem anda.” Dalam perdagangan, sistem yang kukuh (seperti cara anda menilai risiko atau menjejak perdagangan) adalah kunci untuk kekal di landasan yang betul.

Bahaya penurunan 1%

Ini sisi lain syiling. Sama seperti peningkatan 1% yang boleh membawa kepada keuntungan yang besar dari semasa ke semasa, penurunan 1% boleh membawa kepada malapetaka. Jika anda bersifat malas dalam tabiat perdagangan anda – mungkin berhenti membuat kajian atau membiarkan emosi menentukan keputusan anda – anda boleh kehilangan kelebihan sendiri dengan mudah.
Penurunan 1% setiap hari mungkin tidak kelihatan seperti benda yang besar, tetapi lama kelamaan ia boleh bertambah besar. Di penghujung tahun, satu siri kesilapan kecil boleh menyebabkan anda berada dalam kedudukan yang lebih teruk berbanding awalnya.

Penurunan = (1-0.01)365= 0.03

Fokus pada konsistensi, bukannya kesempurnaan

Satu perkara penting daripada buku Atomic Habits adalah kejayaan terhasil daripada tindakan kecil dan berterusan yang anda lakukan setiap hari, bukannya daripada keputusan yang besar dan mengubah hidup. Dalam perdagangan, ini bermaksud melepaskan keinginan untuk satu perdagangan yang besar dan sempurna, sebaliknya bertumpu pada menjadi lebih baik dalam setiap perdagangan.

Jika anda tetapkan matlamat untuk meningkatkan kemahiran perdagangan anda sebanyak 1% sahaja setiap hari, anda akan kagum dengan hasilnya dalam masa setahun. Perubahan itu mungkin kelihatan kecil, tetapi seperti yang dibuktikan oleh karya Clear, peningkatan kecil itu lama kelamaan bertukar menjadi sesuatu yang besar. Jadi, pada waktu lain anda berdagang, tanya diri sendiri: Apa satu perkara kecil yang saya boleh lakukan dengan lebih baik hari ini? Fokus pada perkara itu dan anda akan menuju ke arah kejayaan jangka panjang.

Secara ringkasnya, seperti dalam buku Atomic Habits, kunci untuk menjadi pedagang yang lebih baik bukanlah gerak isyarat yang besar atau kejayaan semalaman. Ia tentang peningkatan kecil, konsisten dan kepercayaan bahawa dari semasa ke semasa, peningkatan itu akan membawa kepada sesuatu yang besar lebih daripada yang anda pernah bayangkan. Berusahalah untuk menjadi 1% lebih baik setiap hari, dan lihat cara ia mengubah perjalanan perdagangan anda.