arren Buffet, figura yang sering kali dikaitkan dengan kejayaan dalam pelaburan dan perniagaan. Sebagai pegerusi dan CEO Berkshire Hathaway, Buffet telah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pelabur terhebat sepanjang zaman. Di bawah kepimpinannya, Berkshire Hathaway telah berkembang daripada syarikat tekstil ke konglomerat berpengaruh dengan aset dalam pelbagai industri, daripada insurans hingga tenaga dan produk pengguna.
Prinsip Asas Dalam Pelaburan Warrant Buffet dan Berkshire Hathaway
1. Melabur untuk jangka masa panjang
Salah satu daripada strategi utama Warren Buffett adalah pelaburan jangka panjang. Tidak seperti kebanyakan pelabur yang lebih fokus keuntungan jangka masa pendek, Buffet membeli saham syarikat dan menyimpannya selama bertahun lamanya, malah menjangkau dekad. Strategi ini dapat mengelakkan volatility dan membolehkan beliau fokus pada perkembangan bisnes.
2. Fokus pada nilai fundamental
Buffett sememangnya dikenali dengan pendekatan melabur dalam nilai. Pendekatan ini diadaptasi daripada mentor beliau, Benjamin Graham. Buffett mencari syarikat yang memiliki model perniagaan yang lestari (sustainable) yang dirasakan kurang bernilai oleh pasaran. Syarikat sebegitu mempunyai nilai intrinsik tinggi yang akan meningkat pada masa hadapan.
3. Economic moats
Buffet menggemari syarikat yang memiliki ciri “economic moats” — kelebihan kompetitif yang berpanjangan untuk melindungi syarikat daripada persaingan. Syarikat sebegini mungkin merangkumi jenama terkenal, teknologi unik, sukar bagi pesaing memasuki industri yang sama, atau memiliki akses eksklusif kepada sumber.
4. Pengurusan peringkat tertinggi
Buffet sentiasa fokus pada kualiti pengurusan sesebuah syarikat yang beliau melabur. Beliau percaya pengurusan yang berkualiti adalah faktor penting kejayaan. Pengurusan syarikat perlu cekap dan berpengalaman, serta menerapkan nilai kejujuran dan fokus pada nilai jangka panjang.
5. Kepelbagaian
Walaupun Buffett tidak berhasrat untuk mempelbagaikan pelaburannya secara berlebihan, Berkshire Hathaway memiliki banyak syarikat dalam pelbagai sektor. Pendekatan ini membantu mengurangkan risiko dan memanfaatkan peluang dalam pelbagai industri.
6. Mengelak daripada melabur dalam instrumen kewangan yang kompleks
Buffett mengelak daripada melabur dalam bisnes yang beliau tidak faham. Beliau sangat berhati-hati terhadap instrumen kewangan yang kompleks dan teknologi yang dianggapnya terlalu berisiko atau sukar difahami. Prinsip ini membolehkan beliau memberi tumpan pada syarikat yang mempunyai model perniagaan yang konsisten dan mampan.
Rahsia Kejayaan Berkshire Hathaway
1. Pengurusan yang cekap
Sebahagian besar faktor kejayaan Berkshire Hathaway adalah visi yang strategik dan kepimpinan Warren Buffet dan timbalannya, Charlie Munger. Kemampuan kedua-dua tokoh ini membuat keputusan tepat dan kekal bertenang ketika pasaran merundum telah memastikan Berkshire Hathaway terus berkembang dan menjana keuntungan besar.
2. Melaburkan semula keuntungan
Salah satu daripada strategi Berkshire Hathaway adalah melaburkan semula keuntungan yang diperolehi. Syarikat ini memilih untuk memperuntukan keuntungan untuk memperolehi aset baru atau mengembangkan lagi perniagaan sedia ada, berbanding membayar dividend kepada pemegang saham. Strategi ini membuka jalan kepada pertumbuhan berpanjangan dan meningkatkan lagi nilai syarikat.
3. Polisi kewangan yang konservatif
Berkshire Hathaway terkenal dengan strategi kewangan yang konservatif. Syarikat ini mengelak daripada mengambil hutang berlebihan dan mengekalkan rizab tunai yang besar. Polisi ini memastikan syarikat kekal stabil walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan memanfaatkan peluang melakukan pemerolehan perniagaan lain ketika krisis kewangan.
4. Budaya korporat
Budaya korporat memainkan peranan penting dalam kejayaan Berkshire Hathaway. Syarikat ini memupuk nilai kejujuran, ketelusan dan kebertanggungjawaban kepada pemegang saham sebagai teras budayanya. Warren Buffet sentiasa mengutamakan kepentingan pemegang saham. Hasilnya, syarikat ini berjaya membina kepercayaan pemegang saham dan mengukuhkan lagi reputasinya dalam dunia korporat.
Kelas Aset yang Didagangkan oleh Berkshire Hathaway
Berkshire Hathaway trades in various asset classes, allowing the company to diversify risk and capitalize on different sectors of the economy. The major asset classes include:
Porfolio pelaburan Berkshire Hathaway terdiri daripada pelbagai kelas aset. Strategi ini membolehkan syarikat ini mempelbagaikan risiko dan mengambil peluang dagangan dalam sektor ekonomi yang berbeza. Antara kelas aset utama adalah:
1. Ekuiti
Warren Buffet melabur secara aktif dalam saham syarikat awam dan juga syarikat sendirian berhad. Bershire Hathaway memiliki pegangan saham dalam gergasi korporat seperti Apple, Coca-Cola, and Bank of America. Pelaburan ini mewakili kelas aset utama syarikat tersebut.
2. Aset insurans
Salah satu sektor perniagaan utama Berkshire adalah insurans. Syarikat ini memiliki beberapa firma insuran, antaranya GEICO dan General Re. Portfolio insurans menawarkan aliran tunai yang stabil dan peluang untuk melaburkan semula premium ke aset yang lain.
3. Bon dan obligasi hutang
Berkshire Hathaway melabur dalam bon kerjaan dan korporat. Pelaburan ini menyalurkan pendapatan yang stabil kepada syarikat ini dan mengurangkan risiko portfolio.
4. Hartanah komersial
Syarikat ini juga melabur dalam hartanah komersial, termasuk pejabat, kompleks beli-belah, serta rangkaian hartanah lain. Portfolio hartanah memastikan syarikat ini mempelbagaikan aset yang dimiliki dan sebagai sumber pendapatan tambahan.
5. Aset dalam sektor pembuatan dan perindustrian
Berkshire Hathaway memiliki aset yang signifikan dalam sektor pembuatan (manufacturing) dan perindustrian. Antara aset ini adalah syarikat barangan tahan lama, pengangkutan kereta api (contohnya BNSF Railway), dan syarikat tenaga.
Overview Berkshire Hathaway
Ringkasan Pegangan Saham
Pegangan pelaburan terbesar Berkshire Hathaway berdasarkan pemfailan Borang 13F terkini (14-11-2024)
Ticker |
Name |
Holding ($mil) |
% Of Portfolio |
AAPL |
Apple Inc. |
69,900.00 |
26.20% |
AXP |
American Express Company |
41,116.80 |
15.40% |
BAC |
Bank of America Corporation |
31,652.10 |
11.90% |
KO |
The Coca-Cola Company |
28,744.00 |
10.80% |
CVX |
Chevron Corporation |
17,467.80 |
6.60% |
OXY |
Occidental Petroleum Corporation |
13,157.20 |
4.90% |
MCO |
Moody’s Corporation |
11,708.00 |
4.40% |
KHC |
The Kraft Heinz Company |
11,433.00 |
4.30% |
CB |
Chubb Limited |
7,796.30 |
2.90% |
DVA |
DaVita Inc. |
5,917.10 |
2.20% |
C |
Citigroup Inc. |
3,458.30 |
1.30% |
KR |
The Kroger Co. |
2,865.00 |
1.10% |
SIRI |
Sirius XM Holdings Inc. |
2,486.90 |
0.90% |
VRSN |
VeriSign, Inc. |
2,434.50 |
0.90% |
V |
Visa Inc. |
2,281.40 |
0.90% |
MA |
Mastercard Incorporated |
1,968.60 |
0.70% |
AMZN |
Amazon.com, Inc. |
1,863.30 |
0.70% |
AON |
Aon plc |
1,418.60 |
0.50% |
COF |
Capital One Financial Corporation |
1,362.50 |
0.50% |
NU |
Nu Holdings Ltd. |
1,179.90 |
0.40% |
ALLY |
Ally Financial Inc. |
1,032.10 |
0.40% |
TMUS |
T-Mobile US, Inc. |
964.1 |
0.40% |
CHTR |
Charter Communications, Inc. |
914.5 |
0.30% |
LPX |
Louisiana-Pacific Corporation |
641 |
0.20% |
FWON.K |
Formula One Group |
597.9 |
0.20% |
Taburan Sektor