Memulakan hari perdagangan anda dengan tetapan minda yang betul boleh memberi impak yang besar kepada prestasi dan seluruh kejayaan anda. Ikrar adalah alat berkuasa yang membantu anda memupuk keadaan mental yang positif dan fokus. Berikut adalah 10 ikrar perdagangan untuk memulakan setiap hari perdagangan, direka untuk meningkatkan keyakinan, disiplin dan daya tahan emosi diri anda.
1. Saya berdisiplin dan konsisten
Disiplin adalah asas kepada kejayaan perdagangan. Dengan mengesahkan komitmen anda kepada disiplin dan konsistensi, anda mengingatkan diri sendiri untuk kekal mengikut rancangan perdagangan, mengikut strategi dan mengelakkan keputusan impulsif. Ikrar ini membantu mengukuhkan kepentingan struktur dan kawalan diri dalam aktiviti perdagangan anda.
2. Saya percaya dengan strategi perdagangan sendiri
Penting untuk anda yakin dengan strategi perdagangan sendiri. Ikrar ini mengukuhkan kepercayaan anda dalam penyelidikan dan persediaan yang anda telah lakukan dalam membangunkan strategi sendiri. Mempercayai strategi sendiri membantu anda kekal dalam landasan, walaupun semasa pasaran menjadi tidak menentu.
3. Saya menguruskan risiko dengan cekap
Pengurusan risiko penting untuk kejayaan jangka panjang. Dengan mengesahkan komitmen anda kepada pengurusan risiko yang efektif, anda mengingatkan diri sendiri untuk menggunakan pesanan henti rugi, menentukan saiz kedudukan dan teknik-teknik pengurusan risiko yang lain. Ini membantu melindungi modal anda dan memastikan anda boleh terus berdagang di masa akan datang.
4. Saya seronok menerima keuntungan. Saya akan ambil wang apabila sudah masuk
Penting untuk mengingatkan diri anda agar mengunci keuntungan dengan kerap. Ramai pedagang menahan perdagangan mereka sehingga ia bertukar menjadi rugi. Di peringkat awal, sasarkan nisbah risiko-ganjaran 1:1 berbanding menahan keuntungan yang besar pada setiap masa. Ini akan membantu anda meningkatkan akaun perdagangan anda kerana anda akan untung dengan lebih kerap, tetapi yang lebih penting, ia akan membina keyakinan mengenai kebolehan dan kaedah perdagangan anda.
5. Saya kekal tenang dan tenteram
Kawalan emosi penting dalam perdagangan. Ikrar ini menggalakkan anda untuk kekal tenang dan tenteram, tanpa mengira keadaan pasaran. Dengan mengekalkan minda yang jelas dan fokus, anda boleh membuat keputusan yang rasional dan mengelakkan perangkap perdagangan emosi.
6. Saya sasarkan perdagangan yang bagus, bukan wang
Walaupun matlamat utama pedagang adalah untuk menjana wang, anda tidak seharusnya bertumpu pada wang semasa berdagang. Sebaliknya, anda perlu berusaha untuk membuat perdagangan yang betul dan menjadikannya satu rutin. Dengan itu, keputusan dalam bentuk wang tidak akan membiarkan anda menunggu.
7. Saya sabar dan menunggu peluang yang tepat
Sabar adalah sifat utama untuk pedagang yang berjaya. Ikrar ini menggalakkan anda untuk menunggu peluang perdagangan terbaik berbanding memaksa perdagangan disebabkan rasa tidak sabar atau bosan. Dengan menjadi sabar, anda meningkatkan peluang sendiri untuk menyertai perdagangan dengan kebarangkalian yang tinggi.
8. Saya menerima kerugian sebagai sebahagian daripada perdagangan
Kerugian tidak dapat dielakkan semasa berdagang. Ikrar ini membantu anda menerimanya tanpa membiarkannya menjejaskan keyakinan atau kemahiran anda dalam membuat keputusan. Dengan memahami kerugian adalah sebahagian daripada proses perdagangan, anda boleh mengekalkan sifat yang positif dan kekal fokus pada matlamat jangka panjang anda.
9. Saya kekal mengikut rancangan perdagangan saya
Rancangan perdagangan yang dibuat dengan betul adalah penting untuk konsistensi. Ikrar ini mengukuhkan komitmen anda untuk mengikut rancangan sendiri, termasuk strategi, peraturan pengurusan risiko dan matlamat anda. Kekal mengikut rancangan membantu anda mengelakkan keputusan beremosi dan impulsif.
10. Perdagangan yang menguntungkan itu mudah dan senang
Perdagangan tidak perlu menjadi rumit, tetapi ramai orang membuat dan menganggapnya seperti itu. Anda perlu mengingatkan diri sendiri yang ia mudah dan senang. Ini juga sama untuk strategi. Ia seharusnya mudah.
Kesimpulan
Membaca ikrar-ikrar perdagangan ini di permulaan setiap hari perdagangan boleh membantu anda memupuk tetapan minda untuk menang, kekal fokus pada matlamat, dan menyelusuri turun naik perdagangan dengan rasa yakin dan daya tahan. Ingat, rasa positif, percaya diri sendiri dan konsistensi adalah komponen utama untuk tetapan minda perdagangan yang berjaya.