Berikut adalah 12 kata-kata motivasi yang akan membantu anda fokus dan berada di landasan yang tepat untuk perdagangan yang berjaya:
- “Matlamat pedagang berjaya adalah membuat perdagangan terbaik. Wang adalah matlamat kedua.” – Alexander Elder
- “Wang dijana dengan membuat pertaruhan, bukannya perdagangan.” – Jesse Livermore
- “Pasaran saham adalah alat untuk memindahkan wang dari mereka yang tidak sabar kepada mereka yang sabar.” – Warren Buffett
- “Dalam bidang ini, jika anda bagus, anda betol 6 daripada 10. Anda tidak akan pernah betol 9 kali.” – Peter Lynch
- “Sama ada anda betol atau salah, itu tidak penting, yang penting adalah sebanyak mana wang yang anda buat semasa betol dan jumlah kerugian semasa salah.” – George Soros
- “Dalam perdagangan, pertahanan terbaik adalah pertahanan yang bagus. Melindungi modal anda harus sentiasa menjadi keutamaan anda.” – Paol Tudor Jones
- “Michael Marcus* mengajarku satu perkara yang sangat penting: Anda perlu sanggup untuk sentiasa membuat kesilapan; tiada yang salah tentangnya. Michael mengajarku tentang membuat pertimbangan terbaik, membuat kesilapan, membuat pertimbangan terbaik yang seterusnya, membuat kesilapan, membuat pertimbangan ketiga yang terbaik, dan kemudian menggandakan wang.” – Bruce Kovner
- “Kunci kepada kejayaan perdagangan adalah disiplin emosi Jika kepintaran menjadi kuncinya, sudah ramai orang yang menjana wang dengan berdagang.” – Victor Sperandeo
- “Pedagang terbaik tidak ego. Anda perlu melupakan maruah sendiri dan keluar dari kerugian.” – Tom Baldwin
- “Kesakitan berserta renungan bermaksud satu perkembangan.” – Ray Dalio
- “Di sepanjang kerjaya kewangan, aku sentiasa menyaksikan contoh-contoh orang lain yang ku kenali musnah kerana gagal memahami risiko. Jika risiko tidak diteliti, ia akan membawa kemusnahan.” – Larry Hite
- “Belajar untuk menerima kerugian. Perkara paling penting dalam membuat wang adalah tidak membenarkan kerugian berada di luar kawalan.” – Marty Schwartz
*seorang lagi pedagang terkemuka