Pengenalan

Pernahkah anda terfikir mengapa ia menjadi kelaziman untuk semua perdagangan forex ditutup dalam jangka masa satu hari? Ini ditentukan oleh sifat pasaran pertukaran asing itu sendiri. Pasaran adalah tidak stabil sehingga sukar diramalkan untuk jangka masa yang panjang. Ia juga sangat dipengaruhi oleh peristiwa ekonomi dan politik setiap hari. Memberikan ramalan yang tepat untuk hari ini ternyata lebih mudah berbanding meramalkannya untuk hari esok atau minggu hadapan. Ini dan beberapa lagi faktor yang dinyatakan di bawah menjawab persoalan mengapa majoriti pedagang forex mematuhi gaya perdagangan harian ini.

Apa itu Perdagangan Harian

Sementara perdagangan kedudukan (Position Trading) melibatkan jual beli sekuriti dalam jangka masa yang lebih panjang, perdagangan harian adalah pendekatan perdagangan jangka masa pendek yang dibuka dan ditutup dalam hari yang sama. Pesanan yang dibuka pada permulaan sesi Pasifik dan ditutup pada sesi Amerika masih dianggap sebagai perdagangan harian. Sekiranya perdagangan dibiarkan terbuka semalaman (walaupun dalam jangka masa yang pendek), ia tidak dianggap sebagai perdagangan harian. Gaya perdagangan ini boleh dijalankan dalam beberapa strategi dan sesuai untuk pedagang sepenuh masa yang bersedia untuk meluangkan masa mengikuti harga sepanjang hari.

Perdagangan harian adalah pendekatan perdagangan jangka masa pendek yang dibuka dan ditutup dalam hari yang sama.

Strategi Perdagangan Harian Forex

Membuka dan menutup jumlah pesanan yang agak besar, pedagang perdagangan harian forex mengambil kesempatan dari kekerapan pergerakan harga mata wang. Dengan tidak membiarkan pesanan dibuka semalaman, pedagang tidak perlu risau tentang swap (yuran pertukaran). Pedagang Intraday (Intrahari) menggunakan pelbagai strategi perdagangan harian forex yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dari pergerakan jangka masa pendek pasaran. Setiap strategi ini tidak mengecualikan strategi yang lain, malah sering digabungkan untuk menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi.

Perdagangan Trend

Perdagangan Trend adalah strategi yang melibatkan penganalisaan carta jangka masa panjang dan menentukan keseluruhan trend pasaran. Selepas trend umum dikenal pasti, pedagang kemudiannya akan bergerak ke jangka masa yang lebih pendek untuk mencari dan mengambil peluang melalui ketidakstabilan turun naik harga pasaran yang singkat. Petunjuk teknikal akan berguna untuk menentukan titik masuk/keluar perdagangan dengan tepat.

Scalping

Strategi scalping menikmati populariti yang besar di kalangan peniaga forex. Ia melibatkan meletakkan berbilang pesanan sepanjang hari untuk mendapat keuntungan daripada perubahan harga minit. Ia berfungsi hebat untuk instrumen yang tidak menentu. Satu perdagangan tidak menjanjikan keuntungan yang tinggi dan ditutup selepas mendapat kira-kira 5-20 mata. Tetapi sebilangan besar perdagangan yang berjaya seperti ini mungkin membawa beberapa hasil yang mengagumkan.

Fading

Sama seperti perdagangan trend, strategi fade (atau fading) membuat spekulasi mengenai trend. Pedagang yang menggunakan strategi fading akan menentang trend utama pasaran-dan meraih keuntungan daripada trend yang berlawanan. Seorang pedagang akan menjual instrumen ketika harga sedang naik dan membeli ketika harga menurun sebelum trend berubah arah. Strategi ini dianggap sebagai pendekatan yang berisiko untuk digunakan, terutamanya ketika berlaku peristiwa ekonomi utama. Ia memerlukan reaksi yang pantas dan, jika digunakan dengan betul, dapat menjanjikan keuntungan yang mengagumkan.

Perdagangan Julat (Range)

Pedagang yang “berdagang dalam julat” tahu cara harga biasanya bergerak sepanjang hari dan menggunakannya untuk keuntungan mereka. Jika tidak diambil kira tentang peristiwa ekonomi, harga pasaran cenderung untuk mengulangi pergerakannya. Mengetahui paras tinggi dan rendah (paras sokongan dan ketahanan) sesuatu instrumen membolehkan anda meramalkan waktu harga akan berubah arah dan waktu sesuai ketika anda ingin memasuki atau keluar dari perdagangan.

Momentum

Idea bagi strategi momentum adalah pedagang mencari pasangan mata wang yang sudah menunjukkan trend tertentu dan dijangka akan meneruskan trend tersebut untuk sementara waktu. Sebagai contoh, membeli USD/CAD apabila harga minyak (dan mata wang Kanada) mengalami penurunan.

Pivot (Pangsi) Harian

Strategi Pivot (Pangsi) Harian menekankan pembelian pada harga terendah dan menjual pada harga tertinggi hari tersebut. Untuk menentukannya, para pedagang menggunakan pengiraan titik pivot.

Titik pivot (pangsi) adalah alat hebat yang banyak digunakan dalam pasaran forex untuk meramalkan trend dan pembalikan trend jangka masa pendek. Walaupun terdapat beberapa kaedah untuk mengira titik pivot (pangsi), cara yang paling popular adalah sistem 5 mata. Ia melibatkan tahap tertinggi dan terendah hari sebelumnya berserta dua tahap sokongan dan dua tahap rintangan.

Titik pivot (pangsi) sangat penting bagi pedagang harian untuk memahami trend pasaran dan memilih titik masuk dan keluar pasaran. Hal ini dapat membantu pedagang mengenal pasti paras henti rugi dan sasaran keuntungan yang tepat. Selain itu, ia dapat menunjukkan sama ada pasaran dalam suasana bulis atau bearis. Sekiranya perdagangan berlaku di atas titik pivot (pangsi), ini menunjukkan kenaikan harga yang berterusan. Sebaliknya, jika perdagangan berlaku di bawah titik pivot (pangsi), menandakan sentimen penurunan.

A Guide to Forex Day Trading

Sistem Perdagangan Harian Forex

Sistem perdagangan harian Forex adalah alat yang membantu pedagang harian mata wang menentukan masa terbaik untuk membeli atau menjual pasangan mata wang. Ia menyertakan antara muka grafik dan carta teknikal. Sistem ini dioptimumkan untuk strategi intrahari yang umum seperti yang dijelaskan di atas dan secara amnya dibahagikan kepada dua jenis: sistem manual dan sistem automatik. Sistem manual memerlukan lebih banyak penglibatan pedagang (pemantauan carta dan reaksi terhadap isyarat). Sistem automatik bertindak balas terhadap isyarat berdasarkan tetapan yang dipilih terlebih dahulu oleh pedagang.

Tip Dagangan Harian Forex

  1. 1. Perdagangan yang kerap melibatkan kos masuk perdagangan yang tinggi. Inilah sebabnya spread yang kecil sangat penting ketika menggunakan pendekatan ini. Anda mungkin telah melakukan semuanya dengan betol, tetapi jika perbezaan antara harga tawaran dan permintaan terlalu besar, keuntungan akan hilang setiap kali anda tutup pesanan.
  2. 2. Berdagang pasangan mata wang yang tidak menentu. Pergerakan pasaran yang pantas menjadikan gaya perdagangan ini sangat menguntungkan. Walaupun pasangan mata wang dengan turun naik yang rendah kedengaran lebih selamat, ia mungkin membuatkan anda menunggu sehingga berjam-jam sebelum harga pasaran mencapai paras yang diinginkan. Pasangan mata wang paling tidak stabil yang sekali gus dianggap sebagai pasangan terbaik untuk dagangan harian adalah EUR/USD, GBP/USD, dan EUR/JPY.
  3. 3. Perdagangan harian mata wang adalah pendekatan yang memakan masa, dan kebanyakan pedagang lupa mengenainya. Pendekatan ini memerlukan banyak masa dan disiplin. Jika anda ingin membuat keuntungan yang signifikan melalui perdagangan intrahari, pertimbangkan perdagangan forex sebagai kerjaya sepenuh masa anda.
  4. 4. Berwaspada dengan peristiwa ekonomi utama. Kejayaan setiap strategi yang dinyatakan di atas bergantung kepada analisis fundamental. Mengikuti berita makroekonomi adalah sangat penting bagi pedagang intrahari.
  5. 5. Analisis teknikal mesti menjadi asas untuk setiap keputusan perdagangan yang dibuat. Petunjuk teknikal akan membantu mengenal pasti arah pasaran dan juga titik masuk dan keluar yang terbaik. Langgan boletin harian kami yang akan dapat membantu anda mendapatkan isyarat pasaran.
  6. 6. Jangan lupa mengenai pengurusan risiko. Ini adalah suatu perkara yang cenderung diabaikan oleh pedagang baru; lalu mereka sering kerugian wang. Tetapkan nisbah risiko-ganjaran yang boleh diterima terlebih daholu dan gunakan strategi dagangan harian yang sesuai dengan anda.

Cara Untuk Belajar Dagangan Harian

Memulakan penerokaan perdagangan forex dengan membuka akaun demo dan berdagang menggunakan wang maya terlebih dahulu adalah satu tindakan yang bijak. Jika anda adalah pedagang baru, akaun pembelajaran adalah perkara yang anda perlukan. Ia menggunakan platform yang sama dengan akaun perdagangan sebenar, menunjukkan sebut harga dalam penstriman masa nyata, dan mencegah anda daripada kerugian. Akaun demo tidak bermaksud anda memperolehi keuntungan, tetapi ia adalah alat yang bagus untuk menguji strategi anda.

Untuk mereka yang yakin dengan kemahiran perdagangan mereka, JustMarkets menawarkan pedagang harian dengan syarat-syarat menarik, termasuk spread yang kecil dan komisen pengeluaran 0%. Buka akaun perdagangan dan jana keuntungan hari ini.

A Guide to Forex Day Trading

Kesimpulan

Perdagangan harian adalah gaya perdagangan yang menekankan pembukaan dan penutupan dagangan dalam hari yang sama dan bukannya melakukan perdagangan melebihi semalaman. Untuk memanfaatkan pendekatan ini, anda disarankan untuk membina sistem perdagangan peribadi yang akan membantu anda dalam mencapai matlamat dan ia akan ditentukan oleh faktor-faktor seperti nisbah risiko-ganjaran, pelaburan awal dan sebagainya. Perdagangan harian memerlukan masa dan tumpuan yang banyak untuk mendapatkan keuntungan yang signifikan.