Untuk mentafsir keadaan pasaran dengan tepat dan mencari tindakan atau peristiwa yang mampu menyebabkan perubahan dalam pasaran, anda perlu belajar untuk “membaca” maklumat yang diterima daripada sumber luar. Bagi meramal turun naik sesetengah pasangan mata wang, anda harus mempelajari dua jenis analisis: analisis teknikal forex dan analisis asas forex.
Mari kita ketahui apakah ciri-ciri setiap analisis.
Analisis asas Forex
Analisis asas Forex adalah menganalisis berita ekonomi dan politik malah pengaruh ia pada kadar mata wang. Analisis asas Forex termasuklah kaedah untuk meramal tingkah laku yang akan menjejaskan harga dalam pasaran Forex. Analisis ini akan mempertimbangkan data-data asas sesebuah negara. Agak sukar untuk melakukan sebuah analisis asas Forex yang berjaya. Sesetengah faktor memiliki pengaruh yang berbeza ke atas harga pasaran, bergantung pada keadaan.
Kejayaan untuk menganalisis asas Forex bergantung pada pemahaman yang jelas tentang kesan komponen-komponen berikut ke atas pasaran mata wang:
- kadar faedah bank pusat;
- polisi ekonomi sesebuah negara;
- situasi politik;
- perwatakan pertumbuhan ekonomi negara;
- penunjuk aras kepada data trade balance;
- kadar inflasi;
- kemampuan membayar balik oleh pihak kerajaan;
- sentimen pelabur;
- daya saing produk;
- sentimen pengguna;
- keadaan pasaran hartanah;
- keadaan pasaran tenaga kerja;
- petunjuk-petunjuk lain.
Data asas diterbitkan dalam bentuk indeks yang kerap dikaji. Apabila ingin menganggarkan data, perbandingan indeks terdahulu dan terkini malah proses dinamik dan ekonomi untuk beberapa tahun lepas akan dianalisis. Adalah penting untuk memiliki kemahiran analitikal bagi mengaitkan maklumat dan akibat yang mungkin layak menjadi penyebab pergerakan dalam pasaran mata wang ini. Kemahiran analitikal boleh dibangunkan melalui latihan yang berterusan.
Ciri-ciri analisis asas forex adalah orientasi yang berkaitan dengan tawaran jangka masa panjang (tahun, setengah tahun, suku tahun). Atas sebab itu, sesetengah pelabur enggan menjalankan analisis ini, walaupun ia adalah sebuah alat yang berkuasa untuk meramal situasi masa depan.
Menjalankan analisis asas dan analisis teknikal harus menjadi sebuah kerja mandatori untuk setiap pedagang.
Analisis teknikal Forex
Analisis teknikal Forex adalah kaedah meramal kadar mata wang berdasarkan analisis carta dengan menggunakan petunjuk teknikal. Analisis dengan cara ini membantu menentukan hala tuju pergerakan sesebuah harga di masa hadapan berdasarkan data sejarah. Kelebihan analisis teknikal adalah peluang untuk menggunakannya bagi jangka masa pendek atau jangka masa pertengahan – seperti operasi transaksi satu hari atau beberapa minggu.
Analisis teknikal berdasarkan tiga perkara:
- Pasaran adalah segala-galanya. Faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran telah dibayangkan dalam harga dan ia mampu menentukan tingkah laku peserta pasaran.
- Harga bergerak dalam arah tertentu. Sebarang perubahan harga mempunyai salah satu daripada tiga arah – trend. Trend ini boleh naik (naik atau “kuat”), turun (atau “lemah”) atau mungkin “rata”. Tugas trader adalah untuk mengenal pasti trend di peringkat awal dan mengikutnya sehingga ia berubah.
- Pasaran memiliki ulangan sejarah. Corak sesebuah situasi sebelum ini akan mempengaruhi masa hadapan. Namun, undang-undang yang mempengaruhi pasaran kekal tidak berubah.
Charles Dow (1851-1902) dikenali sebagai “bapa” analisis teknikal. Pada abad ke-19, beliau menerbitkan satu siri artikel yang mengandungi pemerhatian terhadap pasaran saham. Pemerhatian beliau membentuk ciri-ciri asas bagi analisis teknikal.
Antara kelebihan analisis teknikal adalah kebolehan yang membenarkan individu memasuki pasaran pada masa yang “paling bermanfaat” buatnya. Semua kelebihan ini berdasarkan penilaian jumlah dagangan dan corak harga. Instrumen seperti grafik yang memaparkan maklumat (seperti grafik candlestick, carta bar, carta garis dan lain-lain) membantu trader membuat keputusan, berdasarkan data sejarah harga.
Semua isyarat yang diberi oleh petunjuk adalah sebuah nasihat. Dengan menggunakan bantuan petunjuk dan analisis pengendalian pasaran lain, kerja anda akan jadi lebih mudah dan berkesan.
Pilihan yang terbaik adalah dengan menggabungkan analisis asas Forex dengan analisis teknikal Forex. Walaupun ia agak sukar, namun gabungan kedua-dua analisis mampu memberikan sebuah pendapatan yang lebih stabil dalam perdagangan mata wang. Analisis asas Forex meneliti apakah punca sesebuah pergerakan harga dalam pasaran, manakala analisis teknikal pula memerhati dengan lebih teliti tentang apa yang berlaku dengan kadar mata wang. Oleh sebab itu, kedua-dua analisis mampu melengkapi antara satu sama lain.
Menjalankan analisis asas dan analisis teknikal harus menjadi sebuah kerja mandatori untuk setiap trader. Inilah satu-satunya cara agar seorang trader mampu mengenal pasti sebarang tindakan seterusnya, dan membuat keputusan yang tepat.
Memang agak sukar untuk menganalisis keadaan dalam pasaran pertukaran asing. Namun, kami memiliki maklumat agar anda boleh berdagang dengan lebih mudah dan selesa. Maklumatnya seperti Kalendar Ekonomi dan Kadar Faedah untuk menjalankan analisis asas.
Platform dagangan MetaTrader 4 mempunyai pelbagai pilihan instrumen bagi menjalankan analisis teknikal.