Dengan akses meluas kepada servis pembrokeran dalam talian pada hari ini, setiap orang boleh menjadi pedagang. Walau bagaimanapun, hanya segelintir yang berjaya dalam FX. Antara sebabnya mungkin ramai di antara mereka yang melangkau beberapa langkah penting atau melakukan perkara yang salah. Ketahui cara-cara terbaik untuk menjadi pedagang mata wang di Malaysia melalui artikel ini.

Cara untuk Menjadi Pedagang Berjaya di Malaysia

Apa itu Pedagang

Pedagang adalah seseorang yang membeli dan menjual sekuriti (barangan, mata wang, atau saham) dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan dari perubahan harganya. Pedagang forex secara khusus membeli dan menjual mata wang untuk membuat spekulasi mengenai nilai mata wang ini di masa hadapan. Perlu dinyatakan yang pedagang tidak sewenang-wenangnya membeli dan menjual sesuatu mata wang atau yang lainnya secara rambang untuk meneka harganya di masa hadapan. Mereka melakukan kajian holistik untuk mengenal pasti arah pergerakan harga yang seterusnya. Kajian ini sering melibatkan pembelajaran mengenai tingkah laku mata wang di masa lalu (analisis teknikal) serta mengkaji faktor ekonomi dan kewangan yang boleh mempengaruhi harga mata wang (analisis fundamental).

Tentukan Matlamat Anda dalam Perdagangan Forex

Seperti mana ia kedengaran mudah, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah menetapkan matlamat yang realistik. Ramai pedagang baharu terjerat dengan idea untuk kaya dengan segera. Tetapi, kebenarannya tiada siapa menjadi jutawan semalaman dengan berdagang forex. Kadang-kala seseorang memerlukan masa dan beberapa perdagangan hanya untuk mendapat keuntungan pertama. Maka, mulakan dengan matlamat mudah seperti belajar membuat perdagangan dan mendapatkan keuntungan darinya. Dengan pendekatan langkah demi langkah yang konsisten ini, anda tidak akan hampa.

Cara untuk Menjadi Pedagang Berjaya di Malaysia

Cari Broker Forex yang Bereputasi Baik di Malaysia

Perdagangan runcit boleh dilaksanakan kerana rangkaian broker dalam talian menyerupai satu sama lain dalam fungsinya, tetapi sering berbeza dalam syarat yang mereka tawarkan. Syarat-syarat perdagangan mungkin memainkan peranan penting dalam hasil perdagangan anda. Jadi, apabila anda mencari broker untuk berdagang, tanya diri anda beberapa soalan di bawah:

  1. Adakah broker itu mempunyai reputasi yang baik? Sebelum mendaftar dengannya, baca olasan-olasan bebas untuk mendapatkan idea mengenai kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
  2. Adakah broker mengenakan komisen deposit/pengeluaran? Broker memperolehi keuntungan melalui komisen dan spread (perbezaan antara harga beli dan harga jual). Sebagai pedagang, menjadi keutamaan anda untuk berkongsi keuntungan serendah yang mungkin. Inilah sebabnya ia adalah pilihan terbaik untuk mencari broker tanpa komisen/spread atau serendah yang mungkin. Kira komisen ini sebelum mendaftar dengan mana-mana broker.
  3. Adakah broker memerlukan masa yang lama untuk menjalankan perdagangan? Perdagangan adalah tentang tindak balas pantas kerana sebut harga sentiasa berubah dengan pantas. Tiada siapa yang mahu terlepas peluang menguntungkan hanya kerana perdagangan tidak dijalankan dengan cukup pantas. Jadi, pelaksanaan pesanan yang lambat adalah sebab yang wajar untuk beralih kepada broker yang lain.
  4. Adakah broker menawarkan sokongan pelanggan yang boleh dipercayai 24/7? Ia penting untuk sebarang isu yang anda hadapi diselesaikan secepat mungkin. Jadi, carilah broker yang boleh melakukannya untuk anda.
  5. Apakah instrumen-instrumen perdagangan yang ditawarkan oleh broker? Secara praktikalnya, semua broker FX menawarkan pasangan mata wang utama. Tetapi kenapa tidak memilih lebih banyak pilihan untuk perdagangan yang menguntungkan? Kepelbagaian jenis instrumen perdagangan memberikan pedagang lebih banyak pilihan.

Kaedah Terbaik untuk Belajar Forex di Malaysia

Tiada kejayaan tanpa pembelajaran. Anda boleh belajar secara percuma dengan membaca artikel dalam talian, menonton video di YouTube, atau rujuk bahagian Pendidikan kami untuk mempelajari asas-asas FX. Perkara penting lain dalam pembelajaran anda adalah mengikut perkembangan dalam pasaran. Anda boleh mendapatkan kemas kini untuk 4 pasangan mata wang utama berserta cadangan perdagangan dalam ramalan harian kami. Untuk mereka yang ingin mengikuti pembelajaran FX dengan serius, terdapat banyak kursus dalam talian yang mengajar semua aspek perdagangan. Jangan lepaskan peluang untuk belajar.

Cara untuk Menjadi Pedagang Berjaya di Malaysia

Berdagang Demo Terlebih Dahulu

Semua pengetahuan teori tidak berguna jika tidak diselarikan dengan pengalaman praktikal. Untuk mengelakkan kerugian ketika berdagang, anda boleh membuka akaun demo. Berdagang dalam akaun demo tidak memerlukan deposit, tetapi membolehkan anda membuka perdagangan dan memerhatikan pasaran dalam masa nyata seolah-olah anda mempunyai akaun perdagangan sebenar. Secara dasarnya, ia sama dengan perdagangan biasa, cuma anda berdagang menggunakan duit maya. Kombinasi antara teori dan latihan adalah satu-satunya kaedah yang efektif untuk menguasai apa sahaja, termasuklah perdagangan.

Bina Jadual

Berdagang pada waktu yang spesifik setiap hari adalah lebih efisien berbanding berdagang secara tidak tentu hala. Tambahan pula, walaupun seseorang boleh berdagang bila-bila masa pada hari bekerja, terdapat waktu-waktu yang sangat baik untuk berdagang. Dan ia disarankan untuk anda memanfaatkannya. Untuk mereka yang tinggal di Malaysia, waktu terbaik untuk berdagang pasangan mata wang yang mempunyai USD di dalamnya bermula sekitar jam 8 MLM (GMT+8). Ini adalah waktu sesi perdagangan Amerika Utara bermula.

Baca lagi: Waktu Terbaik untuk Berdagang Forex di Malaysia

Strategi Perdagangan

Strategi dalam forex adalah bintang panduan anda dalam pasaran. Terdapat puluhan strategi berbeza yang tersedia dalam talian. Walau bagaimanapun, bukan semuanya baik untuk semua orang. Seseorang memilih dan mengubah strategi berdasarkan pelbagai faktor, termasuk tahap kepakaran, matlamat, jumlah modal, keadaan pasaran, dsb. Untuk mereka yang baru bermula dengan forex, mulakan dengan sesuatu yang ringkas, seperti berdagang menggunakan paras sokongan dan rintangan.

Baca lagi: Strategi Perdagangan Terbaik untuk Pedagang Baharu dan Kepentingannya

Kawal Emosi Anda

Terdapat dua musuh dalam mencapai kejayaan dalam perdagangan forex. Ia dipanggil ketamakan dan ketakutan. Pedagang yang mengalah kepada emosi tersebut cenderung untuk kehilangan wang. Satu-satunya cara untuk mengelakkan kesilapan ini adalah dengan mempunyai perancangan dan ikut perancangan ini tanpa mengira perkara yang terjadi. Sama ada anda mempunyai idea untuk menunggu lebih lama kerana harga terus naik walaupun setelah melepasi titik keluar yang dirancang, atau idea untuk keluar dari perdagangan kerana harga telah membuat pergerakan mendadak yang bertentangan dengan jangkaan anda, menyimpang dari rancangan bukanlah idea yang baik. Dalam perdagangan, hanya keputusan tanpa emosi akan membawa kepada perdagangan yang menguntungkan.

Kesimpulan

Perdagangan Forex menawarkan pengalaman yang mengujakan dan tidak mengehadkan keuntungan. Ini yang menjadikan perdagangan itu menarik. Walau bagaimanapun, tidak semua orang menjumpai perkara yang mereka cari. Ini mungkin kerana mereka mengabaikan aspek penting dalam perdagangan yang berjaya: disiplin, strategi, dan pembelajaran berterusan. Jika anda bertanya kepada pedagang berpengalaman, mereka cenderung untuk menjawab yang mereka tidak pernah berhenti belajar. Jadikannya sebagai teladan dan jadikan pembelajaran sebagai rutin harian anda.

Tentang JustMarkets

JustMarkets ialah broker dipercayai dunia yang menawarkan 180 instrumen dagangan yang popular.
Dengan memiliki akaun dagangan di JustMarkets, anda mendapat manfaat daripada syarat dagangan yang berfaedah,
termasuk leverage tinggi, spread rendah (dari 0.0 pip),
serta deposit dan pengeluaran tanpa komisen.
Dan jika anda mempunyai sebarang soalan,
terdapat pasukan sokongan yang membantu yang bekerja sepanjang masa untuk memastikan anda
mempunyai pengalaman perdagangan yang paling menyenangkan.

Cubalah perdagangan mata wang dengan membuka akaun demo di JustMarkets. Ia kaedah pantas dan tanpa risiko untuk menguasai perdagangan dalam pasaran kewangan yang paling cair. Akaun latihan akan membantu anda belajar perdagangan asas dan membangunkan strategi sebelum melaburkan wang. Mulakan perdagangan anda hari ini untuk membentuk masa depan anda.

SOALAN LAZIM

Bolehkah anda menjadi kaya dengan berdagang forex di Malaysia?

Ya, boleh. Keputusan aktiviti perdagangan anda bergantung kepada beberapa faktor berikut: tahap kepakaran dan jumlah pelaburan. Pedagang profesional menjana 5-15% dari jumlah yang mereka laburkan.

Berapa banyak yang dijana oleh pedagang forex di Malaysia?

Anda boleh menjana sekitar 5-15% dari pelaburan sekiranya anda mempunyai kepakaran yang mencukupi.

Bolehkah saya belajar berdagang forex sendiri di Malaysia?

Ya, boleh. Dengan lambakan maklumat yang tersedia dalam talian, anda boleh belajar segala perkara yang anda perlukan untuk mula menjana wang dalam pasaran forex. Pertimbangkan untuk mengambil kursus dalam talian, membaca artikel di laman web JustMarkets, dan berlatih di akaun demo.

Berapa lama masa yang diambil untuk belajar forex di Malaysia?

Ia realistik untuk belajar prinsip asas forex dalam masa satu minggu. Untuk menjadi pedagang yang menjana keuntungan secara konsisten, seseorang perlu berlatih secara berkala dalam jangka masa yang lebih lama.

Bagaimana cara untuk saya mula berdagang forex sebagai pedagang baharu di Malaysia?

Cara terbaik untuk masuk ke pasaran forex adalah dengan belajar prinsip perdagangan asas. Anda boleh menjumpai pelbagai maklumat berguna di bahagian Pendidikan JustMarkets.

Adakah forex bagus untuk pedagang baharu di Malaysia?

Pasaran forex agak mudah untuk dimasuki. Disebabkan syarat deposit yang rendah, secara praktikalnya sesiapa sahaja boleh mula berdagang pada bila-bila masa. Untuk mereka yang belum bersedia untuk membuat deposit, membuka akaun demo adalah idea yang baik.