Berdagang forex sebagai cara untuk menjana pendapatan. Kedengaran seperti sesuatu yang baik, bukan? Sebagai salah satu cara alternatif untuk menjana pendapatan, tidak cukup sekadar menjadi seorang pedagang yang baik, tetapi di sinilah juga teori mendatangkan hasil, memandangkan pasaran ini bukanlah tempat anda hanya boleh bergantung harap kepada tuah dan mengharapkan yang terbaik. Ini adalah pasaran di mana anda perlu menyelam lebih dalam, menguji, membaca, menganalisis, membuat keputusan, dan akhirnya berjaya. Sekiranya anda adalah orang yang telah membuat keputusan untuk mula berdagang, maka mulakanlah. Anda mungkin berfikir “mudah untuk anda katakan”, tetapi inilah cara setiap perkara berlaku - anda hanya perlu mulakannya, cuba dan lihat perkara yang akan berlaku. Terdapat perkara yang sangat menarik mengenai perkataan “mula” - permulaan yang baik menghasilkan pengakhiran yang baik. Sentiasa. Berdagang forex sebagai seorang pedagang baharu: langkah demi langkah dan capai kemuncaknya.

Ini adalah pasaran di mana anda perlu menyelam lebih dalam, menguji, membaca, menganalisis, membuat keputusan, dan akhirnya berjaya. Sekiranya anda adalah orang yang telah membuat keputusan untuk mula berdagang, maka mulakanlah.

Apakah strategi perdagangan forex?

Bagaimana untuk menjadi seseorang yang menjadikan forex sebagai pendapatan utamanya? Ini adalah soalan yang tepat untuk anda tanya kepada diri sendiri sebelum memulakan perjalanan perdagangan anda, ini kerana ia akan melahirkan sifat sabar dan bertanggungjawab. Bersedialah. Mustahil untuk menjana keuntungan dalam pasaran forex tanpa mematuhi strategi yang dirumuskan dan pendekatan yang sistematik untuk perdagangan anda. Terdapat ramai pedagang baharu yang mengutamakan kuantiti berbanding kualiti; oleh itu, mereka tergesa-gesa untuk menjana wang dalam perdagangan forex tanpa membuat kerja rumah mereka: belajar petua perdagangan forex serentak dengan latihan di akaun demo merupakan jalan yang tepat untuk menentukan strategi perdagangan mereka.

Bagi memulakan perdagangan tanpa risiko dan kerugian, kami sangat mengesyorkan kepada anda untuk meluangkan masa mempelajari konsep dan syarat asas berdasarkan strategi perdagangan forex yang profesional. Langkah seterusnya yang anda harus pertimbangkan adalah dengan mengkaji secara terperinci strategi perdagangan yang telah dibuat dan diuji oleh pedagang yang berpengalaman. Untuk memahami strategi yang sesuai untuk diri dan gaya perdagangan anda, penting untuk mengujinya terlebih dahulu. Jadi, mengapa penting untuk mempunyai strategi? Strategi perdagangan membantu dalam mengetahui cara pasaran berfungsi dan meramalkan arah pergerakan harga. Bahkan pedagang berpengalaman tidak akan memasuki pasaran sekiranya tidak mempunyai sistem yang jelas dan selari dengan matlamat perdagangan mereka.

Terdapat ramai pedagang baharu yang mengutamakan kuantiti berbanding kualiti; oleh itu, mereka tergesa-gesa untuk menjana wang dalam perdagangan forex tanpa membuat kerja rumah mereka: belajar teori secara serentak dengan membuat latihan di akaun demo merupakan jalan yang tepat untuk menentukan strategi perdagangan mereka.

Strategi perdagangan boleh difahami sebagai sistem peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dianggap sebagai rumah api anda; tanpanya, anda berkemungkinan berada di mana-mana sahaja. Untuk menjana keuntungan – patuhi peraturan tersebut. Strategi perdagangan yang dikembangkan dengan baik membolehkan pedagang memasuki pasaran dalam keadaan yang ditentukan tanpa sebarang keraguan dan keluar dalam jangka masa yang telah ditetapkan sambil memperoleh keuntungan. Anda mungkin sudah memahami bahawa “tiada sesiapa yang kebal” terhadap kerugian dalam pasaran mata wang asing, tetapi semuanya bergantung kepada sikap anda dalam perdagangan dan kesungguhan anda terhadapnya.

4 strategi forex terbaik yang berkesan

Terdapat ramai pedagang baharu yang cuba memperbaiki strategi pada hari pertama berdagang, ini menyebabkan hilangnya aspek paling kritikal dan menggandakan risiko mereka. Pilih satu kaedah dan ikut peraturannya dengan ketat semasa anda baru bermula. Sekarang, mari kita lihat strategi perdagangan forex yang popular untuk pedagang baharu.

Strategi perdagangan saluran

Dianggap sebagai salah satu strategi perdagangan forex yang paling berjaya, kaedah ini adalah menarik untuk pedagang baharu sementara mereka belajar konsep asas pasaran forex. Ia mustahil untuk meningkatkan kepakaran dalam perdagangan tanpa mengetahui tentang sokongan dan tahap rintangan yang terbentuk dalam julat perdagangan. Tujuan utama teknik ini melibatkan ketidakstabilan pasaran forex - ia sering naik dan turun.

Channel Trading

Strategi forex saluran boleh digunakan apabila koridor harga (saluran) yang jelas kelihatan dalam carta. Batasan kepada saluran ini dapat ditentukan melalui bar atas dan bawah, di mana nilai mata wang tidak melepasinya dalam satu jangka masa tertentu. Apabila melibatkan perdagangan mata wang, ia dijalankan berdasarkan data daripada saluran ini. Anda dinasihatkan untuk mengekalkan perdagangan sehingga paras berlawanan saluran dihampiri oleh harga.

Strategi pemecahan (Breakout)

Breakout (pemecahan) merujuk kepada harga yang bergerak keluar dari paras sokongan atau rintangan yang ditentukan selari dengan peningkatan volum. Perdagangan breakout dianggap sebagai satu strategi yang penting kerana “pemecahan” ini adalah isyarat kepada peningkatan ketidaktentuan pasaran. Anda boleh gunakan ketidaktentuan ini untuk kelebihan anda dengan mengikut trend yang baharu setelah ia jelas kelihatan.

Breakout strategy

Berdasarkan kepada strategi breakout ini, pedagang perlu memasuki kedudukan panjang setelah harga melepasi paras rintangan atau memasuki kedudukan pendek selepas harga melepasi paras sokongan. Walaubagaimanapun, menurut beberapa orang pedagang berpengalaman, anda disarankan untuk menunggu sehingga ia jelas bahawa pemecahan ini memberi isyarat kenaikan atau penurunan yang nyata. Anda disarankan untuk meletakkan henti rugi (stop loss) di atas atau bawah lilin breakout, pada paras minimum.

Strategi tiga candlestick

Ia mudah dan dalam masa yang sama merupakan strategi yang sangat efektif untuk pedagang baharu. Semuanya bergantung kepada mengenal pasti kombinasi tiga lilin. Anda boleh gunakannya pada mana-mana rangka masa, tetapi harus diingat bahawa semakin tinggi selang carta, semakin tepat isyarat Tindakan harga. Ekstremum (hujung atau pangkal) lilin pertama dalam pola mesti selalu berada di atas atau bawah ekstremum lilin terdahulu. Lilin kedua dari pola ini harus mengesahkan pembentukan pembetulan ini. Selagi ekstrema dua lilin terdahulu dalam carta secara konsistennya menaik atau menurun – lilin yang ketiga akan mengikut senario yang sama. Seorang pedagang harus membuat pesanan sewaktu pembentukan lilin ketiga. Sekiranya penurunan harga berlaku, kedudukan jual harus dibuka, dan apabila berlakunya peningkatan harga yang konsisten, ini adalah isyarat lampu hijau untuk membuka kedudukan beli.

  • Sekiranya terdapat trend penurunan pada carta, maka harga Tinggi dan Rendah lilin pertama dalam pola harus lebih rendah berbanding harga Tinggi dan Rendah lilin sebelumnya.
  • Sekiranya trend menaik di carta, pedagang harus menunggu pembentukan lilin yang ekstremumnya lebih tinggi daripada ekstremum lilin sebelumnya.
triple candlestick Itu adalah contoh pola tiga candlestick.

Strategi perdagangan bar pin

Bar berekor panjang (atau bar pin) kebiasaannya mempunyai badan candlestick yang kecil berbanding bar pin yang biasa dan merupakan isyarat yang paling penting pada carta harga kerana ia memberi pedagang petunjuk yang kuat (lebih baik dari bar yang lain) tentang arah harga. Dalam masa yang sama, ekor bar ini lebih panjang berbanding lilin sekitarnya, ia mudah dikesan dalam carta.

Sekarang, bar pin menunjukkan situasi yang trend sudah sampai ke kemuncaknya, dan ada pembalikan harga ke arah yang berlawanan. Ini merupakan cara situasi dalam pasaran boleh berubah dan diguna pakai oleh para pedagang. Apa-apa pasangan mata wang adalah sesuai untuk menggunakan strategi ini. Anda disarankan untuk mempertimbangkan penggunaan H4 dan rangka masa yang lebih tinggi (D1, W1) untuk menerima isyarat yang lebih signifikan dan boleh dipercayai.

Perdagangan boleh dibuka setelah model terbentuk sepenuhnya. Lebih baik untuk memasuki pasaran dengan pesanan tertunda: Henti Beli untuk senario bulis dan Henti Jual untuk bearis yang terletak di atas nilai maksimum. Oleh itu, pedagang menunggu pengunduran lengkap berlaku, dan trend akan menuju ke arah yang betul.

Pin bar trading strategy Di sini anda dapat melihat contoh bar pin bearis berekor panjang pada carta pasangan mata wang.

Kesimpulan

Menumpukan lebih banyak masa untuk menguasai teori dan seterusnya mempraktikkannya adalah cara yang lebih baik. Perkara terbaik untuk anda lakukan adalah mempertimbangkan perdagangan dan menguji strategi-strategi yang dinyatakan di atas dengan akaun demo kami di mana tiada risiko kehilangan wang. Memilih strategi dengan indikator dan alat analisis yang minimum sudah mencukupi. Keberuntungan sesuatu perdagangan sangat bergantung kepada kestabilan emosi dan tumpuan perhatian anda.

Ingat, penting untuk anda utamakan strategi perdagangan forex yang sesuai dengan diri anda dan jangkaan perdagangan anda.