Berdagang forex untuk mencari nafkah sering dilihat sebagai idea karut atau penipuan di zaman moden. Anda mungkin pernah mendengar bahawa perdagangan forex sebagai sumber pendapatan utama adalah terlalu berisiko, yang bermaksud bahawa mempunyai pekerjaan tetap sepenuh-masa adalah lebih selamat. Namun pandemik global yang berlaku telah membuktikan sebaliknya – menurut Organisasi Buruh Antarabangsa, 8.8% waktu bekerja global (255 juta pekerjaan sepenuh-masa) telah hilang di seluruh dunia hanya dalam jangka masa 3 bulan. Walaupun semasa di luar krisis, akan adanya kemungkinan untuk kehilangan pekerjaan.

Yang lain menganggap bahawa forex sebagai cara untuk menjadi kaya dengan cepat dan mudah, diikuti iklan tidak bertanggungjawab yang mengatakan “Beri kami wang anda dan jadi kaya hari ini”. Dan telah ramai individu yang menjadi mangsa kepada harapan palsu mereka. Kami yakin kebenaran berada di hadapan. Mari kita perhatikan secara dekat mengapa menjadi pedagang sepenuh masa merupakan pilihan tepat dan apa yang diperlukan untuk menjadi pedagang.

Bolehkah saya melakukan perdagangan Forex untuk mencari nafkah?

Wujud salah faham umum mengenai forex bahawa ia adalah satu bentuk perjudian di mana seseorang boleh bernasib baik dan menjadi jutawan dalam satu malam atau tidak bernasib baik dan kehilangan segalanya. Kepercayaan ini adalah salah kerana terlalu memperkirakan peranan keberuntungan dalam perdagangan. Pedagang yang berjaya memperoleh hasil dari persiapan dan latihan selama bertahun-tahun. Mereka menguji strategi sebelum mempertaruhkan sejumlah besar wang. Perkara yang sama dilakukan jika anda mahu berjaya.

Jangkaan menjadi kaya dengan cepat atau mula menjana pendapatan dari hari pertama dengan berdagang forex adalah idea yang tidak betul! Ia sebenarnya memerlukan masa, kadang-kadang bertahun-tahun untuk mendapatkan ilmu yang anda perlukan untuk berjaya. Walau bagaimanapun, terdapat ribuan pedagang yang membuktikan bahawa perdagangan FX bukan sahaja mampu memberikan seseorang pendapatan yang tinggi tetapi juga membantu mengekalkan gaya hidup yang selesa.

Make a living trading forex

Mengapa berdagang forex sebenarnya adalah idea yang bernas

Kelebihan utama perdagangan mata wang secara profesional adalah ia tidak mempunyai had dari segi potensi pendapatan. Tidak seperti pekerjaan yang menunjukkan tahap kesamarataan gaji, forex boleh memberikan anda hasil tanpa had. Apa yang anda lakukan pada dasarnya bergantung pada apa yang anda tahu. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kemahiran anda dan menjadi pedagang berjaya dan menjana hasil tinggi daripada yang anda mahukan sekiranya anda mempunyai pekerjaan. Motivasi untuk “menjadi bos anda sendiri” meletakkan anda di kedudukan untuk lebih baik. Dan akhir sekali, ia menawarkan fleksibiliti yang tidak semua ditawarkan oleh pekerjaan lain. Ini adalah sebab utama mengapa begitu ramai yang ingin menjadi pedagang forex.

Berapa peruntukkan yang anda perlukan untuk berdagang forex?

Salah satu perkara yang menarik mengenai forex ialah walaupun hanya $1 ia sudah cukup untuk memulakan perdagangan. Tetapi adakah ia cukup untuk mencari nafkah? Sama sekali, tidak. Walaupun gaya hidup anda adalah sederhana, anda harus memastikan bahawa anda melaburkan sejumlah wang untuk berdagang. Rata-rata, pedagang profesional memperoleh keuntungan 5-15% dari apa yang mereka laburkan. Dengan mengetahui perkara ini, anda boleh menghitung jumlah wang yang perlu anda depositkan untuk meraih pendapatan yang diinginkan.

Tidak semua mempunyai peruntukkan tinggi untuk pelaburan awal. Namun dengan adanya leverage ia membantu seseorang memperoleh lebih keuntungan dengan jumlah wang yang sedikit. Perlu diingat bahawa penggunaan leverage akan meningkatkan pendapatan anda tetapi juga meningkatkan kerugian yang berlaku dari semasa ke semasa. Sentiasa pertimbangkan apabila mengira hasil keuntungan anda. Oleh itu, berdagang dalam sejumlah kecil dana adalah langkah tepat untuk mereka yang mahu belajar, dan bukan untuk mengisi poket. Mendapatkan keuntungan yang tinggi memerlukan lebih banyak dana dan kemahiran untuk pengurusan.

Adakah perdagangan forex menguntungkan?

Berapa pulangan yang boleh anda buat dengan berdagang forex? Pedagang yang berpengalaman mengatakan bahawa tidak ada cara untuk memperoleh sejumlah besar keuntungan dengan hanya melabur sedikit modal. Tetapi dengan pelaburan yang lebih besar, keuntungan 5-15% setahun mungkin kelihatan seperti senario yang menarik. “Jadi, adakah berbaloi mencuba jika saya tidak mempunyai banyak dana?” – anda mungkin tertanya-tanya? Ya, memang ada. Pertama sekali, sebelum anda mengambil risiko yang tinggi, adalah baik untuk anda berlatih dengan jumlah dana yang kecil. Mencuba strategi dan memastikan anda melakukan perkara yang betul boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun tetapi fikirkan potensi keuntungan anda. Forex adalah untuk mereka yang berpandangan jauh ke hadapan.

Adakah sukar untuk menjadi pedagang?

Sama ada anda boleh atau tidak menjana pendapatan secara langsung, pertama forex bergantung pada kemahiran anda dan kedua dari jumlah dana yang anda miliki. Leverage dan wang pelabur menjadikan lebih mudah untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi tetapi perlu diingat bahawa menggunakan dana pihak lain melibatkan tanggungjawab dan risiko yang lebih besar. Sebilangan pedagang memilih untuk mematuhi peraturan 1% yang menyatakan bahawa pedagang tidak boleh mengambil risiko lebih dari 1% wangnya untuk perdagangan. Peraturan ini menjadikan mereka bertahan terhadap pergerakan pasaran yang tidak menentu dan menyelamatkan mereka dari kerugian kewangan yang besar.

Make a living trading forex

Pedagang sambilan vs sepenuh masa

Pedagang sambilan biasanya adalah mereka yang mempunyai pekerjaan dan berdagang sebagai hobi dan untuk pendapatan sampingan. Oleh kerana pasaran FX dibuka 24 jam sehari, Mereka tidak mempunyai masalah untuk menggabungkan dengan pekerjaan seharian mereka. Tidak seperti pedagang profesional, mereka cenderung menggunakan dana mereka sendiri dan tidak mengambil risiko besar. Setiap pedagang profesional pernah menjadi pemula yang ingin tahu mengenai forex dan mengambil keputusan untuk belajar, melakukan pelbagai kesilapan, dan menjadi pelabur yang berjaya.

Pedagang sepenuh masa adalah mereka yang profesional yang berdagang forex dan mendapat keuntungan tinggi sebagai pendapatan mereka. Dengan menjadikan penyelidikan pasaran sebagai rutin harian mereka, pedagang profesional mahir untuk beroperasi dengan dana yang lebih besar, meskipun dengan wang pedagang lain. Mereka mungkin bekerja untuk dana lindung nilai, bank terkemuka atau bekerja sendiri, ataupun mengurus akaun peribadi. Dan ini adalah senario yang menarik bagi mereka yang merancang untuk menceburi perdagangan forex.

Bagaimana saya boleh mula berdagang?

Tidak ada satupun senario untuk seseorang menjadi pedagang forex sepenuh masa. Adalah mustahil untuk menguasai sesuatu dalam sekelip mata. Ia mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya untuk belajar berdagang secara berkesan. Oleh itu, luangkan masa untuk belajar sehingga mahir. Apa yang kami tidak sarankan adalah mengubah hidup anda secara drastik jika anda masih tidak yakin dengan kemahiran dan strategi anda. Sekiranya anda hanya ingin mencuba perdagangan, luangkan masa untuk anda belajar dan berlatih. Jangan berhenti daripada pekerjaan semasa sebelum anda yakin dengan ilmu dan kemahiran perdagangan anda. Lakukan satu langkah dalam satu masa. Sebaik sahaja anda merasakan perdagangan forex memberi lebih keuntungan daripada pekerjaan semasa anda, maka bolehlah menganggap FX sebagai kerjaya.

Sekiranya anda berada di awal laluan perdagangan anda, sila pertimbangkan untuk membuka akaun demo yang membolehkan pedagang pemula untuk belajar Forex tanpa risiko kerugian dana. Akaun pengajaran menggambarkan situasi sebenar di pasaran dan sebut harga sebenar. Satu-satunya perbezaan adalah anda berdagang wang secara maya dan tidak dapat mengeluarkan keuntungan.

Apa yang mesti dibaca sebagai pedagang Forex?

Tidak sukar untuk membuktikan bahawa perdagangan Forex akan memberi kesan kepada anda dengan menyebut nama George Soros, Andy Krieger, dan Stanley Druckenmiller. Individu-individu ini bukan sahaja berjaya menjana pendapatan dari forex tetapi juga memperoleh kekayaan yang besar. Mereka masih menjadi sumber motivasi dan inspirasi bagi mereka yang baru memulakan kerjaya pelaburan. Nama-nama ini adalah antara yang paling terkenal tetapi terdapat banyak lagi pedagang yang boleh dijadikan inspirasi. Dan bukan hanya kisah kejayaan tetapi juga kisah kegagalan yang perlu anda ketahui. “Belajarlah dari kesilapan orang lain. Anda tidak boleh hidup dengan menjadikan semuanya kesilapan anda.” Kata-kata dari Eleanor Roosevelt. Dan itu adalah nasihat yang baik untuk pedagang.

Kesimpulannya

Adakah individu yang mencari nafkah dengan berdagang forex? Jawapannya adalah ya! Adalah realistik untuk menjana pendapatan daripada perdagangan forex. Malah ada yang berjaya dan menjadi kaya. Untuk melakukannya, pastikan anda memperoleh kemahiran yang baik dan mengembangkan strategi perdagangan yang cekap. Pendapatan yang signifikan hanya mampu dicapai dengan pelaburan besar, jadi pedagang profesional berurusan dengan modal perdagangan yang tinggi untuk memperoleh keuntungan yang besar. Walau bagaimanapun, kadangkala pedagang yang berjaya juga mengalami kerugian. Mengimbangi kerugian dengan keuntungan besar adalah kemahiran yang mesti dimiliki oleh mana-mana pedagang berjaya. Buka akaun dagangan di JustMarkets dan bina masa depan anda hari ini!