Forex dan saham adalah saling berkaitan dalam beberapa perkara dan merupakan pasaran global yang paling popular. Dengan meningkatnya populariti dalam pasaran kewangan, terdapat banyak peluang pelaburan dalam pelbagai kategori aset yang berbeza. Apabila merujuk kepada aset seperti mata wang dan saham, kita harus faham bahawa kedua-dua aset ini dianggap sebagai kuasa penggerak kepada perkembangan ekonomi utama.

Berperanan dalam menentukan nilai mata wang yang berbeza, forex lebih terkenal di kalangan pedagang kerana kebanyakan dari mereka hanya memberi fokus kepada beberapa pasangan mata wang untuk menjalankan aktiviti perdagangan, manakala pasaran saham berkaitan dengan menarik pelaburan untuk pelbagai syarikat tersenarai yang menawarkan pemilikan separa.

Jadi, forex atau saham? Sebelum membuat keputusan mengenai pasaran yang anda ingin dagangkan, penting untuk memahami pilihan peribadi anda, toleransi terhadap risiko dan menilai kemahiran pengurusan masa anda.

Apa itu Perdagangan Harian

Forex bermaksud perdagangan dalam pasaran pertukaran mata wang asing, iaitu mata wang difahami sebagai aset untuk meneruskan operasi perdagangan. Ia dianggap sebagai segmen terbesar dalam sistem kewangan dunia kerana kaitannya dengan lingkungan peristiwa yang meluas di seluruh dunia.

Apabila merujuk kepada forex, kita harus faham yang ia tidak berpusat, jadi kita bercakap mengenai ruang maya di peringkat global di mana bank nasional dan komersial yang berbeza, broker pertukaran asing, syarikat insurans, syarikat multinasional, perniagaan kecil, dan jutaan pedagang melakukan transaksi. Ahli-ahli pasaran ini adalah pembeli dan penjual mata wang tertentu pada harga semasa atau harga yang ditentukan, oleh itu nilai setiap mata wang berubah setiap saat mengikut tahap tawaran dan permintaan dalam pasaran. Semuanya berhubung kait. Pedagang menjana keuntungan hasil dari kenaikan atau penurunan nilai mata wang tertentu berbanding dengan mata wang yang lain.

Katakan anda membeli paun British dan menjual dolar AS (memilih pasangan mata wang GBP/USD). Untuk mendapat keuntungan, anda harus menjual dolar AS sejurus paun sterling meningkat berbanding dolar.

Dolar AS, yen Jepun, euro, paun sterling dan Swiss franc dianggap sebagai mata wang paling terkenal dalam pasaran kewangan. Ia termasuk dalam kumpulan pasangan mata wang utama: EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD, dan USD/CHF. Dengan menjadi mata wang yang paling banyak didagangkan dalam pasaran, dolar AS digunakan sebagai instrumen pengukuran dalam menilai mata wang yang lain.

Apabila merujuk kepada forex, kita harus faham yang ia tidak berpusat, jadi kita bercakap mengenai ruang maya di peringkat global di mana bank nasional dan komersial yang berbeza, broker pertukaran asing, syarikat insurans, syarikat multinasional, perniagaan kecil, dan jutaan pedagang melakukan transaksi.

Pasaran saham merujuk kepada instrumen ekonomi dan kewangan global dengan fungsi mengawal kadar pusing ganti sekuriti dengan menjual, membeli, pencagaran, atau pertukaran. Apabila kami bercakap tentang pasaran saham, kami maksudkan pasaran sekuriti meliputi saham, bon, dan niaga hadapan.

Dengan pasaran saham, syarikat boleh menarik pelaburan dengan mengeluarkan sekuriti, sementara para pelabur memperolehi pendapatan dengan pemilikan saham. Untuk memahami dengan lebih baik tentang mekanisme cara ia berfungsi, berikut adalah ahli-ahli dalam pasaran saham: pengeluar saham, perantara kewangan, pelabur dan penggerak pasaran.

Differences Between Forex and Stocks

Ia mempunyai kesan yang penting terhadap ekonomi sesebuah negara, memungkinkan perkembangan infrastruktur dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Perdagangan dalam pasaran saham memerlukan pembukaan akaun dengan broker yang dipercayai dan berlesen, serta deposit untuk pembelian sekuriti.

Fakta menarik: Ketika keadaan pasaran yang tidak stabil, terdapat kenaikan dan penurunan harga saham yang mendadak disebabkan pembelian atau penjualan yang besar. Kes sebegini dianggap sebagai lampu hijau untuk menggunakan mekanisme tersebut sebagai hentian sementara dalam perdagangan (renti dagangan). Ini memberikan para pelabur masa untuk membuat keputusan yang seimbang dan mengekalkan kestabilan dalam pasaran.

Perbezaan utama antara forex dan saham

Saham lwn. forex: apakah perangkap yang tersembunyi ketika anda hendak memulakan langkah? Perkara pertama dan terpenting, ini semua bergantung kepada keputusan anda sama ada anda mahu berdagang saham atau mata wang, iaitu aset untuk kedua-dua pasaran global yang berbeza ini. Tiada jawapan untuk pasaran mana yang lebih baik didagangkan kerana ia bergantung kepada pilihan peribadi dan pengalaman perdagangan anda. Pengalaman perdagangan sangat membantu di sini kerana anda mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang cara mekanisme ini (walaupun kita bercakap mengenai pasaran berbeza) berfungsi dan membuat lebih banyak keputusan yang telah dipertimbangkan. Tidak akan ada jawapan untuk soalan seperti “mengapa anda perlu berdagang forex dan bukannya saham?” atau sebaliknya. Ini mengenai pilihan peribadi anda.

Differences Between Forex and Stocks

Aset

Inilah perkara yang cukup menarik apabila kita bercakap tentang aset. Bercakap tentang forex, kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jenis mata wang rasmi di dunia, tetapi para pedagang kebanyakannya memberi tumpuan kepada beberapa pasangan mata wang sahaja yang berkemungkinan besar tergolong dalam mata wang utama yang disebutkan di atas.

Realiti pasaran saham adalah berbeza – para pelabur berhadapan dengan ribuan sekuriti berbeza yang ditawarkan oleh syarikat berbeza: ya, ini boleh menjadi syarikat gergasi pasaran, tetapi syarikat yang tidak dikenali juga secara aktif mencari tempat untuk bertapak. Sekiranya pelabur tidak mampu membeli sekuriti daripada syarikat yang besar, mereka boleh membuat pertimbangan untuk membeli sekuriti yang ditawarkan oleh syarikat baharu atau kecil yang membawa lebih banyak risiko.

Waktu bekerja

Forex dibuka 24/5 di negara yang berbeza bermula dari 5:00 petang EST pada hari Ahad sehingga 4:00 petang EST pada hari Jumaat dengan khidmat pelanggan yang biasanya tersedia 24/7.

Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh setiap pedagang adalah jadual perdagangan yang sangat bergantung kepada salah satu daripada empat sesi perdagangan: Pasifik, Asia, Amerika, Eropah.

Ia berbeza dengan saham. Sebagai contoh, bursa saham AS dibuka pada 9:30 pagi EST dan ditutup pada 4:00 petang EST. Jadi, ia bukanlah pilihan yang baik untuk pedagang aktif yang tidak dapat meluangkan masa mereka untuk melaksanakan operasi dalam waktu bekerja.

Kecairan

Volum perdagangan yang tinggi bersamaan dengan kecairan yang tinggi. Kecairan merujuk kepada tahap mudah anda dapat membeli atau menjual aset, oleh itu kecairan yang tinggi menyebabkan kos transaksi dan spread yang lebih rendah. Pasangan mata wang utama forex terkenal dengan spread dan kos transaksi yang lebih ketat berbanding saham. Satu perkara mengenainya adalah ia sangat popular di kalangan semua ahli pasaran.

Volum yang didagangkan dalam pasaran saham jauh lebih rendah setiap hari, menyebabkan kecairan yang rendah. Sudah tentu apabila kita bercakap tentang saham dalam saham perdana, kita akan lihat kecairan yang tinggi kerana sentiasa ada ramai pembeli dan penjual yang berminat dengannya. Masalahnya adalah tidak semua orang mampu untuk membeli saham tersebut, jadi menjauhkan diri dari saham terkenal bermakna menghadapi kenyataan yang kurang menguntungkan.

Kepekaan harga

Membeli 20,000 saham dalam pasaran saham mungkin memberi kesan kepada harga saham jika kita bercakap tentang syarikat kecil yang mengeluarkan saham lebih sedikit. Apabila membeli atau menjual beberapa ratus ribu dolar, kemungkinan untuk mencipta kesan kepada harga pasarannya adalah jauh lebih rendah.

Peraturan pasaran

Pertukaran pasaran saham utama adalah lebih terbatas dari perdagangan forex yang kurang dikawal selia. Ini disebabkan lebih banyak maklumat yang diterima ketika membeli saham sesetengah syarikat, tetapi dalam forex, gerakan anda sangat bergantung kepada kepakaran dan strategi perdagangan anda.

Pengaruh pasaran

Terdapat faktor lain yang anda perlu pertimbangkan sebelum membuat keputusan. Ya, kedua-dua pasaran dipengaruhi oleh permintaan dan tawaran, tetapi sebaliknya, permintaan dan tawaran sangat bergantung pada beberapa faktor. Jadi, berapa banyak faktor yang terdapat dalam pasaran forex? Sebenarnya, terdapat banyak perkara yang mampu memberi kesan kepada harga pasaran: peristiwa politik, berita ekonomi, inflasi, kadar pengangguran, peristiwa iklim melampau dan pelbagai lagi.

Pasaran saham hanya memerlukan anda untuk fokus kepada beberapa faktor yang memberi impak: pendapatan syarikat, kadar hutang, beberapa data ekonomi, dan laporan-laporan syarikat.

Kemerosotan ekonomi

Apabila kita bercakap mengenai saham, kemerosotan ekonomi sesebuah negara memberi impak yang negatif terhadap dinamik saham sesebuah syarikat. Ia tidak menguntungkan untuk didagangkan. Dengan forex, ia lebih mudah kerana pedagang membeli ketika harga mata wang meningkat dan menjualnya ketika harga sedang menurun.

Kesimpulan

Sekiranya persekitaran yang pantas dan fleksibel adalah perkara yang anda cari, maka pertimbangkanlah untuk mencuba forex. Mereka yang memilih saham menghargai turun naiknya yang rendah dan kebolehramalannya. Sudah tentu, setiap pasaran ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri, tetapi andalah yang membuat keputusan sama ada kelebihan itu bermanfaat untuk diri sendiri atau tidak. Anda tahu, ia bergantung kepada anda. Sememangnya begini. Nilai pengalaman perdagangan anda, fikirkan tentang pengurusan masa anda, pilih aset yang lebih menarik untuk anda dagangkan, dan cuba sahaja.