Jumlah perdagangan forex harian adalah $6.6 trilion, menjadikannya pasaran terbesar di dalam dunia. Tidak mengejutkan sekiranya semakin ramai orang yang berminat untuk menjadikan perdagangan mata wang sebagai sumber pendapatan mereka. Anda boleh berdagang mata wang 24 jam sehari dari Isnin hingga Jumaat tanpa mengira lokasi dan zon waktu anda. Tidak seperti instrumen kewangan lain, ia membenarkan anda untuk bermula dengan pelaburan yang minimum – deposit permulaan boleh serendah $1. Ini antara beberapa sebab yang menjadikan perdagangan forex dari rumah kedengaran menarik. Anda boleh mendapatkan 7 cadangan berharga mengenai cara untuk menjadi pedagang mata wang dalam artikel ini.
Apa Itu Pedagang?
Secara ringkasnya, pedagang forex adalah seseorang atau institusi yang menjual atau membeli mata wang di pertukaran wang asing berdasarkan ramalan harganya di masa hadapan. Pedagang individu berbeza dari profesional yang sering berdagang untuk firma kewangan atau beberapa pelanggan sehingga pedagang amatur yang berdagang sebagai hobi atau untuk mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.
Sama seperti jenis pelaburan yang lain, perdagangan mata wang berhadapan dengan risiko kerugian wang. Inilah sebabnya penting untuk anda memahami cara pasaran ini berfungsi untuk menjadi seorang pedagang forex yang berjaya. Baca 7 pendapat kami di bawah tentang perkara yang diperlukan untuk menjadi pedagang mata wang yang berkembang maju.
1. Cari Broker Forex yang Bereputasi Baik
Mencari broker yang melindungi kepentingan anda sebagai pedagang mungkin sukar, tetapi ia berbaloi. Terdapat banyak pilihan dalam talian yang menawarkan pelbagai tawaran menarik serta syarat perdagangan yang menggoda. Tetapi perkara pertama yang anda perlu lihat dalam memilih broker adalah keselamatan dana anda. Jadi, pastikan broker tersebut boleh dipercayai sebelum anda membuat deposit duit sebenar. Baca ulasan dari pedagang lain dan semak lesen untuk memastikan dana anda selamat. Perkara penting lain yang perlu dipertimbangkan adalah kos transaksi. Anda tidak mahu membayar komisen dan yuran pengeluaran yang tinggi dan kerugian wang yang banyak dengan spread yang besar. Semak apa yang terdapat dalam pasaran dan pilihlah yang terbaik.
Dengan JustMarkets, anda mendapat spread yang terbaik dan 0% komisen pengeluaran yang menjamin keuntungan anda tidak akan hilang kerana yuran yang tinggi. Dan sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, hubungi sokongan pelanggan kami pada bila-bila masa. Dengan menawarkan pelbagai instrumen perdagangan yang pelbagai dan perkhidmatan yang boleh dipercayai, JustMarkets telah mendapat perhatian yang tinggi dari para pedagang di seluruh dunia.
2. Mendidik Diri Sendiri
Untuk memilih cara terbaik untuk berdagang mata wang (pasangan apa yang didagangkan atau arah mana untuk berdagang), pedagang merujuk kepada data tertentu. Terdapat dua model analisis yang digunakan secara meluas oleh pelabur profesional – analisis fundamental dan teknikal. Keterangan daripada analisis membantu para pedagang membuat keputusan mengenai peluang perdagangan yang berpotensi dan sama ada untuk membeli atau menjual sesuatu instrumen atau tidak.
Analisis fundamental berkait dengan faktor-faktor yang menyumbang kepada nisbah tawaran-permintaan di masa hadapan. Dalam pasaran mata wang, ia boleh merangkumi jangkaan dasar monetari, data KDNK, dan statistik pengangguran negara tertentu yang dapat memberi kesan kepada kadar mata wang.
Bagi analisis teknikal, ia menggunakan pola arah harga dan petunjuk teknikal dari masa lalu untuk meramal harga di masa hadapan. Pola-pola ini dapat membantu dalam menentukan gerakan harga yang berpotensi. Analisis teknikal dan fundamental mungkin menunjukkan maklumat dalam cara berbeza, tetapi kedua-dua kaedah ini membawa kepada kesimpulan yang sama, bahkan mendorong perdagangan yang sama dilakukan. Sebaiknya, para pedagang merujuk kepada kedua-dua sumber teknikal dan fundamental untuk membuat keputusan perdagangan yang tepat.
Jika anda ingin menjadi seorang pedagang, membaca analisis pasaran kewangan harus menjadi sebahagian daripada rutin harian anda. Mengikuti berita politik dan kewangan serta memahami impaknya terhadap mata wang adalah sama penting. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang trend pasaran, ikuti laporan pasaran dan ramalan harian terbaru kami.
3. Memilih Strategi Perdagangan
Salah satu langkah penting dalam penyelidikan anda adalah mencari strategi sesuai yang membantu anda mencapai matlamat anda. Strategi perdagangan yang hebat mesti membantu anda dalam menganalisis pasaran dan melaksanakan perdagangan yang berjaya. Pemilihan strategi selalu bergantung kepada data fundamental dan teknikal. Beberapa isyarat perdagangan yang mendorong pedagang untuk membeli atau menjual mata wang dipertimbangkan dalam setiap perdagangan. Pedagang yang berpengalaman memilih strategi berdasarkan nisbah risiko-ganjaran serta jumlah masa yang mereka bersedia untuk luangkan dalam pelaksanaannya.
Ingat, tiada keperluan untuk mencipta semula roda - pilih strategi sedia ada yang sudah berhasil untuk pedagang lain. Dari perdagangan tindakan harga sehingga perdagangan scalping dan swing – sekurang-kurangnya satu strategi akan membuahkan hasil. Cuba laksanakannya beberapa kali. Jika ia mendatangkan keuntungan, gunakannya untuk perdagangan yang lebih besar. Jika strategi yang dipilih terbukti tidak efisien, cuba yang lain sehingga anda menjumpai sesuatu yang sesuai untuk anda. Namun harus diingat, tiada strategi yang sesuai untuk semua keadaan.
4. Perdagangan Demo Dahulu
Latihan adalah cara terbaik untuk belajar forex. Tetapi sebelum anda mula melaburkan duit sebenar, adalah lebih baik untuk anda belajar cara platform perdagangan berfungsi dan mencari kaedah paling berkesan untuk menggunakan alat yang direka untuk meningkatkan hasil perdagangan anda. Akaun demo membolehkan pedagang baharu memahami antara muka platform perdagangan forex dan membuka pesanan pertama mereka. Akaun pembelajaran jenis ini menggunakan terminal yang sama, menunjukkan situasi pasaran sebenar, dan menggunakan sebut harga yang sebenar. Ia mempunyai fungsi yang sama. Perkara yang membezakannya adalah anda tidak perlu membuat sebarang deposit. Individu berdagang dengan wang palsu, menjadikannya mustahil untuk membuat sebarang pengeluaran keuntungan.
Penggunaan akaun demo membolehkan anda membuat semua perkara yang sama seperti dalam akaun sebenar. Anda boleh belajar cara membuat pesanan, menukar leveraj, menetapkan pesanan renti rugi dan kadar ambil untung, dll. Namun sering dikatakan bahawa penglibatan emosi pedagang dan pelaksanaan dagangan akan menjadi berbeza apabila berdagang menggunakan duit sebenar. Jadi selepas anda selesa menggunakan akaun demo, cuba gunakan akaun sebenar.
5. Kuasai Pengurusan Risiko
Risiko yang tinggi selalu memberikan pulangan yang lumayan. Namun, ia kadangkala membawa kepada kerugian yang besar. Pengurusan risiko dalam forex bertujuan untuk mengurangkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan. Para pedagang amatur sering terjerumus dalam salah urus risiko. Itulah sebabnya sebelum anda membuat pesanan, tanya diri sendiri “Berapa banyak yang saya sanggup rugi untuk transaksi ini?” dan “Berapa banyak yang saya boleh dapatkan dari transaksi ini?”. Anda tidak mahu merisikokan lebih banyak wang berbanding potensi yang anda boleh dapat. Dan yang pasti, perkara terakhir yang anda mahu lakukan adalah meleburkan akaun perdagangan anda untuk mengejar matlamat yang tidak realistik. Jadi jangan lupa untuk meletakkan pesanan renti rugi, fikirkan nisbah risiko-ganjaran yang sesuai, dan pilih tahap leveraj dengan berhati-hati. Kejayaan strategi perdagangan anda bergantung kepada sama ada anda telah mengira risiko-ganjaran dengan betul.
6. Kawal Emosi Anda
Untuk berjaya dalam apa jua perkara, anda harus konsisten. Ini adalah benar terutamanya untuk sebarang jenis pelaburan. Pedagang baharu selalu berhadapan dengan perasaan tamak dan takut kehilangan wang. Dua perkara ini membuat anda bertindak dengan cara yang tidak rasional. Dan inilah perkara yang anda harus atasi jika anda mahu berkembang maju. Untuk melakukannya, berikan perhatian terhadap data yang anda miliki serta strategi anda. Kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh pedagang baharu adalah panik dan membuat keputusan yang terburu-buru jika semuanya tidak menjadi seperti yang dirancang. Jangan terperangkap! Ingat, secara praktikalnya setiap strategi diiring oleh tempoh kerugian. Jadi, jangan biarkan pergerakan sementara pada carta membawa anda ke jalan yang salah. Kekal dengan strategi anda! Keputusan impulsif tidak akan membawa anda ke mana-mana.
7. Bermula dengan Jumlah Kecil
Tetapkan matlamat yang realistik dan jangan cuba untuk menjadi jutawan dalam masa semalaman. Ia mengambil masa untuk belajar berdagang dan ia tidak mustahil untuk mengalami beberapa kerugian dalam perjalanan ini. Jika anda mengingati perkara ini, anda akan mula meraih keuntungan dalam masa terdekat. Pedagang baharu yang mengambil satu langkah pada setiap masa dan tidak membiarkan pemikiran yang tamak mengawal tindakan mereka lebih cenderung untuk berjaya dalam jangka masa panjang. Cuba strategi anda sebelum merisikokan wang tunai dalam jumlah yang besar, luangkan masa untuk mencari kaedah terbaik untuk berdagang. Lakukannya dengan jumlah wang yang anda tidak takut untuk kehilangannya. Setelah anda yakin dengan apa yang anda lakukan, buat pelaburan yang lebih besar.
Penutup
Sesiapa sahaja yang ingin menjadi pedagang perlu membentuk beberapa kemahiran asas. Kemahiran ini termasuk memahami strategi dan statistik serta menangani emosi yang merosakkan, seperti perasaan tamak dan takut. Dari tidak mengetahui apa-apa mengenai forex sehingga menjadikan perdagangan mata wang ini sebagai mata pencarian mungkin memerlukan masa dan usaha anda, namun ia akan membuahkan hasil. Sebaik sahaja anda tahu apa yang anda lakukan semasa membuat pesanan, anda ditakdirkan untuk berjaya. Pasang surut akan sentiasa ada, namun dalam jangka masa panjang, anda akan mencapainya. Inilah kata-kata pedagang forex sepenuh masa yang berjaya. Buka akaun dan mulakan perdagangan forex dari rumah, ia hanya memerlukan masa dan keinginan anda untuk belajar.