Mengetahui waktu terbaik untuk masuk dan keluar perdagangan boleh menjadi sukar. Ia memerlukan banyak kajian dan analisis. Apabila gagal melengkapkan langkah penting ini, kebanyakan pedagang berakhir dengan kerugian wang ketika berdagang. Walau bagaimanapun, dengan pendekatan yang betul, perdagangan forex boleh menjadi usaha yang menguntungkan. Salah satu cara untuk meningkatkan hasil perdagangan anda adalah dengan memanfaatkan isyarat forex. Terdapat banyak sumber isyarat forex di atas talian, tetapi menemui isyarat yang memenuhi keperluan anda adalah sesuatu yang mencabar. Teruskan membaca untuk mengetahui cara memilih penyedia isyarat forex yang terbaik.

Apa itu Isyarat Forex?

Katakanlah harga melepasi paras rintangan. Dan terdapat pedagang yang melihatnya sebagai peluang menguntungkan untuk mencadangkan pembukaan perdagangan beli. Cadangan seperti ini adalah contoh isyarat forex. Cadangan perdagangan yang berinformasi adalah berdasarkan pelbagai penunjuk teknikal, sebagai contoh, purata bergerak, paras Fibonacci retracement, paras rintangan dan sokongan, dan Jalur Bollinger.

Cara Mendapatkan Isyarat Forex Terbaik

Isyarat forex hanyalah cadangan masa yang sesuai untuk membeli atau menjual pasangan mata wang.

Isyarat forex mungkin merangkumi maklumat berikut mengenai harga pasangan mata wang:

  • Data pasaran;
  • Harga masuk;
  • Harga renti rugi;
  • Harga ambil untung;
  • Cadangan mengenai jumlah yang anda perlu risikokan untuk setiap perdagangan.

Data ini boleh membantu anda membuat keputusan tentang:

  1. Pasangan mata wang untuk didagangkan;
  2. Arah untuk berdagang;
  3. Masa untuk masuk pasaran;
  4. Jumlah keuntungan yang anda boleh buat;
  5. Jumlah kerugian anda dalam satu perdagangan.

Bagaimana Rupa Isyarat?

Isyarat perdagangan kebiasaannya pendek dan mudah, menunjukkan semua perkara yang anda perlu tahu untuk membuka perdagangan. Penyedia isyarat forex kebiasaannya menghantar sesuatu seperti ini kepada anda:

  • Pasangan mata wang: GBP/USD;
  • Pesanan: Pesanan beli;
  • Masuk: 1.3930;
  • Renti rugi: 1.3880;
  • Ambil untung: 1.3975.

Di mana untuk Mencari Isyarat Forex?

Terdapat banyak perkhidmatan, sama ada percuma atau berbayar yang menawarkan isyarat perdagangan dalam talian. Cadangan daripada penyedia isyarat kebiasaannya berdasarkan analisis daripada pedagang profesional. Anda boleh melanggan buletin dan mendapatkan maklumat terkini mengenai pergerakan harga melalui e-mel atau pesanan teks. Penyedia isyarat mungkin menghantar kepada anda beberapa pesanan setiap hari, bergantung kepada jenis langganan anda.

Bagaimana ia Berfungsi?

Cadangan forex dihasilkan sama ada melalui analisis automatik atau penyelidikan yang dibuat manusia. Isyarat automatik daripada robot algoritma boleh menganalisis kemungkinan senario dengan cepat dan memberi nasihat tentang langkah terbaik. Sebaliknya, cadangan yang diberikan oleh manusia datang daripada pedagang berkelayakan yang membuat analisis mereka berdasarkan tindakan harga. Cadangan ini boleh diikuti seadanya atau menggabungkannya dengan strategi perdagangan yang lebih kompleks.

Risiko yang Berkait dengan Penyedia Isyarat

Satu perkara yang harus diingat adalah tiada penyedia isyarat akan memberikan anda jaminan kejayaan 100%. Pasaran forex tidak boleh diduga, dan sentiasa ada risiko untuk harga bergerak bertentangan dengan anda. Jadi, ingat cadangan yang anda terima daripada penyedia boleh dan kadangkala akan gagal. Inilah sebabnya penting untuk anda bersikap kritis mengenai perkara yang anda baca.

Terdapat banyak penyedia isyarat forex di atas talian, tetapi tidak bermakna anda akan berjaya dengan setiap daripadanya. Selidik dengan teliti sebelum mendaftar di mana-mana sumber, apatah lagi berdagang berdasarkan cadangan yang diberikan. Sesetengah penyedia membuat analisis yang teruk, manakala yang lain mungkin menipu dan menyesatkan pedagang tidak berpengalaman untuk keuntungan kewangan mereka sendiri. Teruskan membaca untuk mendapatkan idea cara untuk mencari penyedia yang baik.

Bagaimana untuk Mencari Penyedia Isyarat Forex Terbaik?

Satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah menyemak perkara yang penyedia tawarkan. Anda harus semak jika penyedia isyarat memberikan cadangan untuk instrumen perdagangan yang anda minati. Anda mungkin akan terkejut apabila mendapati platform yang anda langgan tidak menyediakan cadangan untuk pasangan mata wang eksotik, sebagai contoh.

Anda harus mencari penyedia dengan penghantaran yang pantas. Cadangan yang sampai terlalu lambat adalah tidak berguna dan tidak berbaloi untuk dilanggan. Dengan itu, carilah penyedia yang menyampaikan cadangan dengan cepat melalui penghantar mesej.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah perkhidmatan sokongan sepenuh masa yang boleh dipercayai yang boleh menjawab soalan anda di sepanjang prosesnya. Peluang untuk mendapatkan khidmat rundingan adalah sangat berharga apabila melibatkan penyedia isyarat forex.

Dan akhirnya, kita sampai kepada perkara terpenting. Cadangan yang anda terima haruslah membawa kepada perdagangan yang menguntungkan. Sesungguhnya ia adalah perkara yang “senang diungkap, susah dilakukan”. Walaupun penyedia isyarat memaparkan peratusan kejayaan dalam laman web mereka, ia tidak semestinya asli. Jalan terbaik untuk menyemak sekiranya sesuatu sumber itu memberikan cadangan yang berharga atau tidak adalah dengan membaca ulasan di laman web bebas dan mencuba cadangan dengan membuka perdagangan melalui akaun demo atau dengan pelaburan dana yang sedikit.

Isyarat Forex vs. Perdagangan Salin (Copytrading)

Jika anda adalah salah seorang pedagang yang tidak mahu membuat keputusan perdagangan sendiri, anda boleh ulang tindakan yang dibuat oleh pedagang yang lebih berpengalaman. Menyalin semula tindakan pedagang lain dipanggil “copytrading”, sesetengah syarikat perdagangan menawarkan perdagangan jenis ini. Perdagangan salinan menggambarkan penglibatan yang kurang berbanding penggunaan isyarat forex. Perkara yang anda perlu lakukan adalah memilih pedagang yang mempunyai rekod perdagangan yang baik dan masukkan dana. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh menyalin perdagangan yang dibuat pedagang dan memperolehi keuntungan dengan menggunakan kepakaran pedagang lain.

Kesimpulan

Penyedia isyarat boleh memberi kelebihan kepada pedagang yang kurang berpengalaman, membolehkan pedagang baharu belajar melalui latihan dan memulakan perdagangan dengan yakin. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang membuat kesilapan apabila mereka bergantung sepenuhnya dengan cadangan diberikan. Jika anda ingin menggunakan instrumen ini sebaik mungkin, anda patut menganalisis setiap cadangan yang anda terima dan membuat kesimpulan untuk semua perdagangan, terutamanya perdagangan yang gagal. Ingat, perdagangan bukan sekadar mengikut isyarat secara membuta tuli. Jika matlamat anda adalah untuk menjadi pedagang profesional sepenuh masa, anda akhirnya akan sampai ke satu tahap di mana anda tidak memerlukan penyedia isyarat lagi.

Jika anda memutuskan untuk menggunakan isyarat forex, pastikan anda mencari penyedia yang baik. Sesetengah penyedia isyarat menawarkan tempoh jaminan pemulangan wang, membolehkan pelanggan mencuba khidmat mereka tanpa risiko. Manfaatkannya dan gunakan isyarat forex sebagai kelebihan anda.

Tentang JustMarkets

JustMarkets adalah broker antarabangsa yang mempunyai klien dari 197 buah negara. Berjuta-juta orang telah membuka akaun perdagangan di JustMarkets untuk mendapat keuntungan dari syarat terbaik, termasuk spread yang rendah, pengeluaran tanpa komisen, dan pasukan sokongan pelanggan yang sangat membantu, bekerja sepanjang masa untuk memastikan yang setiap klien kami memperolehi pengalaman perdagangan yang menyenangkan.

Buka akaun demo dengan JustMarkets untuk mencuba perdagangan mata wang. Ia adalah langkah tanpa risiko untuk belajar berdagang di pasaran kewangan paling tinggi kecairannya. Akaun pembelajaran akan membantu anda belajar mengenai asas perdagangan FX dan membentuk strategi perdagangan anda sendiri sebelum melaburkan wang. Belajar berdagang hari ini untuk masa hadapan anda.