Perkara Utama

  • Perdagangan Forex (FX) adalah proses pertukaran mata wang yang bertujuan untuk memperolehi keuntungan daripada perbezaan kadar mata wang.
  • Berdagang forex di Malaysia adalah sah asalkan ia dijalankan melalui akaun Islamik dan melalui organisasi yang berlesen.
  • Langkah permulaan yang perlu diambil ketika memulakan perdagangan forex adalah mendaftar dengan broker, membuka akaun perdagangan, dan membuat deposit.
  • Untuk perdagangan yang menguntungkan, seseorang perlu menganalisis trend dengan betul, membentuk strategi yang boleh dipercayai, dan berdagang dengan disiplin.

Mengapa Berdagang Forex di Malaysia?

FX mempunyai beberapa kelebihan berbanding pasaran kewangan yang lain. Berikut adalah beberapa sebab yang mungkin membuat anda ingin berdagang mata wang:

  • Kerana sifatnya yang tidak berpusat, forex dibuka sepanjang masa, Isnin hingga Jumaat. Untuk pedagang, ini bermakna peluang akan sentiasa wujud untuk menjana pendapatan. Waktu perdagangan bermula pada awal sesi Pasifik dan berakhir pada sesi Amerika Utara dengan waktu yang paling aktif adalah semasa pertindihan sesi perdagangan.
  • Mata wang menonjol daripada instrumen perdagangan yang lain kerana kecairannya. Ini bermakna membeli dan menjual sesuatu mata wang pada bila-bila masa adalah mudah apabila dibandingkan dengan saham atau aset yang lain. Jadi, sekiranya pasangan mata wang yang anda dagangkan bergerak melawan rancangan anda, tidak akan ada masalah untuk meninggalkan perdagangan dengan cepat.
  • Sebab lain mengapa FX berbaloi untuk perhatian anda adalah kos transaksinya yang rendah. Walaupun ia berbeza mengikut broker, secara umumnya, transaksinya adalah murah, dan komisen untuk broker adalah dalam spread pasangan mata wang.
  • Forex menawarkan peluang leveraj yang hebat. Sila ambil perhatian yang kami tidak sarankan penggunaan leveraj kepada pedagang yang tidak berpengalaman kerana ia bukan sahaja meningkatkan keuntungan, tetapi juga meningkatkan risiko. Walau bagaimanapun, pedagang profesional memperoleh banyak faedah daripada perdagangan yang mempunyai leveraj.
Cara untuk Memulakan Perdagangan Forex di Malaysia

Berapa Banyak Wang yang Diperlukan untuk Memulakan Forex di Malaysia?

Keperluan deposit minimum adalah berbeza mengikut broker. Sebagai contoh, anda boleh berdagang bersama JustMarkets dengan hanya $1 dalam baki anda. Perlu dinyatakan yang pelaburan sederhana ini tidak akan menjanjikan pulangan yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, ia mungkin membantu anda belajar cara pasaran berfungsi. Sementara membentuk kemahiran diperlukan untuk perdagangan mata wang, anda boleh naikkan deposit anda secara beransur-ansur dan menjana pulangan yang lebih besar.

Pedagang profesional yang berdagang forex sebagai sumber pendapatan beroperasi dengan puluhan ribu dolar, menjana 5-20% daripada pelaburan mereka setiap tahun. Ia bukanlah jalan mudah untuk sampai ke tahap ini, tetapi berbaloi dari segi masa dan usaha bagi mereka yang mengetahui bahawa mereka mempunyai minat yang mendalam dalam pasaran.

Topik berkaitan: Bolehkah Anda Mencari Rezeki dengan Perdagangan Forex

Bagaimana Mata Wang Didagangkan?

Mata wang didagangkan secara berpasangan. Mata wang yang anda ingin beli atau jual sering dipasangkan dengan mata wang yang menggambarkan harganya. Mari lihat pasangan EUR/USD. Sekiranya EUR/USD adalah 1.19724, ini bermakna 1 euro berharga 1.19724 (dolar). Mata wang pertama dipanggil mata wang asas; kedua dipanggil mata wang disebut harga.

Sebut harga (harga) pasangan mata wang EUR/USD ialah 1.19724. Memandangkan pemain besar forex beroperasi dengan jumlah wang yang besar, walaupun perbezaan harga yang paling kecil memberikan perbezaan. Pergerakan terkecil yang boleh berlaku dalam sebut harga ialah satu mata. Mata ialah digit terakhir dalam petikan – 1.19724. Sepuluh mata bersamaan dengan 1 pip.

Sama seperti di bank, harga pasangan mata wang berbeza bergantung sama ada anda ingin membeli atau menjualnya. Harga jualan dipanggil harga bidaan. Harga beli dikenali sebagai harga tawaran. Perbezaan antara harga bidaan dan tawaran dikenali sebagai spread. Sebagai pedagang, anda berminat dengan spread yang paling kecil.

Satu lagi perkara yang baik mengenai pasaran ini adalah seseorang boleh berdagang dengan jayanya pada mana-mana pasangan mata wang sama ada ia akan naik atau turun. Sekiranya ada isyarat mengenai kenaikan sesuatu pasangan, pedagang membeli instrumen ini (“go long“). Prospek instrumen yang menyusut mungkin bagus untuk menjual (“going short“) dan menjana keuntungan daripada peningkatan mata wang disebut harga.

Bagi mencari waktu terbaik untuk membuka atau menutup kedudukan, pedagang merujuk kepada analisis teknikal dan fundamental. Kedua-dua metodologi membantu mereka mengenal pasti pergerakan harga di masa hadapan dan membuat keputusan perdagangan yang tepat. Analisis teknikal menggunakan carta yang menunjukkan sejarah pergerakan harga dan meramalkan tingkah laku harga di masa hadapan berdasarkan bukti sedia ada. Analisis fundamental menilai keadaan pasaran berdasarkan kemas kini data makroekonomi. Anda boleh melanggan surat berita harian kami untuk kekal mengetahui berita pasaran kewangan terkini.

Strategi Perdagangan untuk Malaysia

Kebanyakan pedagang baharu memulakan pengenalan mereka terhadap forex dengan mengamalkan perdagangan harian. Gaya perdagangan ini melibatkan pembukaan dan penutupan kedudukan dalam hari yang sama. Mereka membuka pesanan dalam beberapa minit atau jam dan membuat keuntungan daripada trend jangka masa pendek dalam pasaran. Gaya perdagangan ini boleh diguna pakai dengan pelbagai cara dalam beberapa strategi. Cuba sebilangan daripadanya dan cari yang paling sesuai untuk anda.

Topik berkaitan: Panduan untuk Perdagangan Harian Forex

Mencari Broker Forex di Malaysia

Perkara terbaik yang anda boleh buat untuk diri sendiri apabila memulakan perjalanan FX adalah mendaftar dengan broker berwibawa. Terdapat berjuta-juta skim penipuan dalam pasaran. Tetapi, walaupun dengan syarikat broker sebenar, anda boleh kerugian disebabkan syarat perdagangan yang buruk. Untuk memilih broker terbaik untuk anda, beri perhatian kepada kriteria-kriteria berikut dalam mencari broker:

  • Semak lesen
    Banyak negara mempunyai institusi pengawalseliaan yang mengawasi gerak kerja firma broker. Organisasi-organisasi ini memberi lesen kepada broker yang memenuhi syarat mereka. Di bawah peraturan organisasi rasmi, broker-broker ini diyakini lebih selamat.
  • Bandingkan syarat perdagangan
    Syarat perdagangan berbeza antara satu broker dengan broker yang lain. Sebagai pedagang, anda ingin mencari syarat yang terbaik. Semak jika terdapat sebarang komisen dan saiz spread (perbezaan harga bida dan harga tawaran).
  • Baca ulasan
    Membaca ulasan daripada pengguna sebenar boleh membantu anda memperoleh tanggapan sebenar mengenai broker tersebut. Terdapat beberapa platform untuk anda menjumpai maklumat broker yang boleh dipercayai (contoh, Trustpilot).
  • Akaun Islamik
    Undang-undang Syariah melarang perdagangan dengan swap (yuran semalaman). Inilah sebabnya akaun bebas swap (Islamik) diperkenalkan di negara Muslim. Jadi apabila memilih broker, sila pastikan ia menawarkan peluang kepada klien mereka untuk membuka akaun perdagangan bebas swap.

Bagaimana Cara untuk Membuka Akaun Perdagangan di Malaysia?

Membuka akaun perdagangan adalah mudah. Jika anda membukanya di JustMarkets, perkara yang anda perlu lakukan hanyalah mengisi borang pendaftaran dan menerima e-mel pengesahan. Untuk memulakan perdagangan, anda perlu membuat deposit permulaan (serendah $1).

Sekiranya anda benar-benar baru dalam perdagangan, pertimbangkan untuk membuka akaun demo dahulu. Walaupun perdagangan di akaun demo tidak menguntungkan, ia adalah tempat yang sesuai untuk anda menyesuaikan diri dengan terminal perdagangan (MT4 atau MT5), belajar mengenai tingkah laku pasaran, dan membentuk strategi.

Baca lebih lanjut: Perdagangan Forex untuk Pedagang Baharu pada 2021

Kesimpulan

Perdagangan forex adalah mudah dan menguntungkan setelah anda tahu perkara yang perlu dilakukan. Mengikut trend, mengembangkan strategi anda sendiri, dan berdagang dengan disiplin akan membawa anda kepada hasil yang positif. Inilah perkara yang dikatakan oleh pedagang sepenuh masa yang berjaya. Tetapi sebelum anda melakukannya, sila pastikan anda mencari syarat perdagangan yang terbaik. Dengan JustMarkets anda dapat:

  • pasukan sokongan pelanggan yang bekerja sepanjang masa untuk memastikan anda merasai pengalaman perdagangan yang terbaik;
  • spread terendah dan 0% komisen pengeluaran yang menjamin keuntungan anda tidak akan hilang selepas pengurangan yuran;
  • pilihan untuk membuka akaun Islamik bebas swap yang mematuhi peraturan Malaysia.

Jadi jangan teragak-agak untuk membuka akaun perdagangan di JustMarkets dan urus masa hadapan anda hari ini!