Terdapat pelbagai mitos mengenai forex. Sesetengahnya mengatakan ia adalah jalan mudah dan cepat untuk menjadi kaya, sementara yang lainnya mengatakan ia membuang masa. Walau bagaimanapun, tiada satu pun kenyataan di atas yang benar. Realitinya, forex hanyalah pasaran kewangan yang lain, sama seperti pasaran saham. Inilah sebabnya perdagangan forex boleh memberi keuntungan, begitu juga kerugian. Keuntungan yang anda dapat hanya bergantung kepada cara anda memperlakukan pasaran ini. Teruskan membaca untuk mengetahui cara untuk berjaya dalam pasaran pertukaran mata wang asing dan sama ada pelaburan ini berbaloi.
Apa itu Forex
Forex (FX atau pertukaran asing) adalah pasaran untuk pertukaran mata wang. Ia adalah pasaran di kaunter (OTC) yang bermaksud mata wang tidak didagangkan melalui pertukaran berpusat, tetapi melalui rangkaian peniaga-broker. Maka secara praktikalnya sesiapa yang mahu berdagang mata wang untuk keuntungan boleh membuka akaun perdagangan dengan broker dan mula membeli dan menjual pasangan mata wang pada bila-bila masa.
Bolehkah Anda Menjadi Kaya dengan Forex
Satu perkara yang hebat mengenai forex adalah ia tidak meletakkan had kepada pendapatan anda. Dalam pasaran pertukaran mata wang, langit adalah hadnya. Walau bagaimanapun, pertimbangkan bahawa pulangan sentiasa selari dengan pelaburan. Dengan pendekatan yang bertanggungjawab dan strategi yang tepat, seseorang boleh membuat keuntungan 5-15% setahun. Anggap ia sebagai matlamat anda ketika bermula kerana kerugian mungkin melebihi keuntungan di peringkat awal.
Baca lebih lanjut: Baca lebih lanjut: Bolehkah Anda Mencari Rezeki dengan Perdagangan Forex
Adakah Masuk Akal untuk Berdagang dengan Sedikit Wang
Kebanyakan pedagang baharu bermula dengan dana yang sedikit. Setelah mereka yakin dengan kemahiran dan strategi sendiri, mereka akan menambah deposit secara beransur-ansur dan memperolehi pulangan yang lebih besar. Di peringkat permulaan, belajar adalah lebih penting daripada mendapat keuntungan. Inilah sebabnya walau sekecil mana pun akaun anda, duit yang dilaburkan boleh menjadi asas bagi modal anda di masa hadapan. Tambahan pula, ia tidak disarankan untuk memulakan perdagangan dengan jumlah wang yang besar di peringkat permulaan. Tidak kira pasaran tempat anda berdagang, peraturan utama adalah untuk melaburkan tidak lebih daripada nilai yang anda sanggup terima kerugiannya.
Berapa Lama Masa yang Diperlukan Untuk Belajar Forex
Memperoleh kemahiran perdagangan yang baik akan mengambil masa. Berapa lama? Ia bergantung kepada banyak perkara. Berapa banyak masa dalam sehari yang anda sanggup luangkan untuk berdagang, membaca artikel pendidikan, dan menguji strategi? Ia realistik untuk mempelajari perkara asas dalam masa satu minggu: mengenali konsep utama, memahami terma, dan membuat pesanan. Walau bagaimanapun, anda perlukan lebih masa untuk mempelajari cara untuk menganalisis situasi di pasaran. Untuk perdagangan yang menguntungkan, seseorang memerlukan strategi yang dibangunkan dengan baik dan kemahiran psikologi untuk mengamalkannya. Inilah sebabnya, jika anda bertanya kepada pedagang berpengalaman tentang masa yang diperlukan untuk belajar berdagang, mereka mungkin akan menyatakan yang mereka tidak pernah berhenti belajar.
Mengapa Berdagang Forex
Apabila dibandingkan forex dengan pasaran kewangan yang lain, mudah untuk melihat kelebihannya dengan jelas. Mari lihat kepada perkara yang paling penting.
Forex adalah pasaran kewangan terbesar yang beroperasi sepanjang masa dari hari Isnin hingga Jumaat, membolehkan anda berdagang pada bila-bila masa yang sesuai di mana-mana sahaja. Waktu operasi yang begitu besar adalah disebabkan oleh banyaknya pusat pertukaran dan zon waktu. Tiada sebarang bursa saham utama yang boleh menawarkan keistimewaan sebegini.
Kedua, dalam forex, seseorang boleh mendapatkan keuntungan dalam dua keadaan apabila harga mata wang naik atau menurun. Instrumen perdagangan untuk pasaran forex adalah pasangan mata wang. Apabila pedagang menjangkakan harga akan meningkat, dia akan membuat pesanan ‘long’ (membeli mata wang asas dengan menjual mata wang disebut harga). Apabila pedagang memikirkan yang harga akan jatuh, dia akan membuat pesanan ‘short’ (menjual mata wang asas dengan membeli mata wang yang disebut harga). Maka, anda tidak perlu tunggu sehingga set ini berkembang untuk berdagang.
Ketiga, kecairan yang tinggi dan jumlah dagangan yang besar untuk mata wang utama menjadikan perdagangan FX mudah dan cepat. Kecairan yang tinggi atau kemudahan menjual aset bermaksud anda tidak akan berada dalam situasi di mana anda tidak dapat menjual aset anda kerana tiada pembeli. Ia hanya mengambil masa beberapa saat untuk buka dan tutup perdagangan apabila berkait dengan pasangan mata wang yang popular.
Terakhir, jumlah perdagangan yang besar bermaksud kos transaksi yang rendah. Komisen yang kebanyakan broker kenakan mewakili spread (perbezaan pada harga beli dan harga jual) atau yuran pengeluaran. Oleh yang demikian, walaupun saiz komisen berbeza di antara broker, transaksi forex adalah agak murah.
Baca lebih lanjut: Perdagangan Forex untuk Pedagang Baharu pada 2021
Satu Perkara yang Perlu Dipertimbangkan
Ia lebih baik untuk memahami batasan pasaran ini terlebih dahulu bagi mengelakkan kekecewaan yang mungkin berlaku seperti dalam kebanyakan pedagang amatur. Sebab utama kekecewaan ini adalah harapan untuk menjadi kaya dalam sekelip mata. Seperti yang difahami, harapan ini tidak pernah dapat dipenuhi. Perkara sebenar adalah sebelum menjana wang, seseorang perlu menjalani proses pembelajaran yang sesetengah orang tidak sanggup untuk lakukannya. Jalan terbaik untuk mengelakkan kekecewaan adalah dengan mencuba berdagang dan membuat keputusan jika anda sukakannya atau tidak.
Kesimpulan
Adakah perdagangan mata wang berbaloi dengan risikonya? Ya, ia berbaloi, tetapi dengan satu syarat penting. Perdagangan forex adalah berbaloi untuk pelaburan hanya sekiranya anda sanggup melaburkan lebih dari sekadar wang – iaitu masa. Untuk berjaya di pasaran yang tidak menentu, seseorang perlukan masa untuk berlatih, mencuba strategi, dan belajar melalui kesilapan diri sendiri. Untuk menjadikan proses pembelajaran ini bebas risiko, ia wajar untuk memulakan perdagangan dengan akaun demo.
Akaun demo tidak memerlukan sebarang deposit, tetapi ia adalah alat terbaik untuk belajar pasaran mata wang. Akaun pembelajaran memberikan anda akses kepada platform perdagangan sebenar dan menunjukkan pergerakan harga dalam waktu sebenar. Anda boleh membuat pesanan anda dan lihat jika ia berfungsi seperti yang anda harapkan. Ia juga adalah alat yang terbaik untuk menguji strategi.
Untuk menjana duit yang betul, anda perlukan akaun perdagangan sebenar. Satu perkara yang anda tidak boleh belajar melalui akaun demo adalah mengatasi rintangan psikologi perasaan tamak dan ketakutan yang melanda. Dalam keadaan keputusan perdagangan yang dikawal oleh emosi, strategi yang tidak dibangunkan dengan baik, pedagang pasti akan mengalami kerugian. Jadi, berdaganglah dengan bijak.
Tentang JustMarkets
JustMarkets adalah broker antarabangsa yang mempunyai klien dari 197 buah negara. Berjuta orang telah membuka akaun perdagangan di JustMarkets untuk mendapat keuntungan daripada syarat terbaik, termasuk spread yang rendah, pengeluaran tanpa komisen, dan pasukan sokongan pelanggan yang sangat membantu, bekerja sepanjang masa untuk memastikan yang setiap klien kami memperolehi pengalaman perdagangan yang menyenangkan. Buat akaun perdagangan anda di JustMarkets dan bina masa depan anda hari ini!