Apa itu Perdagangan Tindakan Harga?
Tindakan harga bermaksud pergerakan harga sekuriti. Mempelajari tindakan harga dapat membantu pedagang memahami pasaran dan membuat keputusan mengenai instrumen tertentu. Pedagang memberi perhatian terhadap harga pasaran terkini dan semasa untuk meramalkan perkara yang akan terjadi di masa hadapan. Ia juga membantu dalam menentukan trend semasa.
Apabila membuat analisis tindakan harga, seorang pedagang sebenarnya mempelajari perkara yang pedagang lain sedang lakukan. Mengapa seseorang perlu mengetahui pemikiran peserta pasaran yang lain? Ini kerana nisbah tawaran-permintaan menjadi justifikasi kepada harga sesebuah instrumen. Justeru itu, memahami tindakan harga dapat meningkatkan strategi tersendiri pedagang.
Apakah Penunjuk Tindakan Harga?
Untuk menganalisis perkara yang terjadi dalam pasaran, pedagang merujuk kepada bar harga. Bar harga membantu mengenal pasti harga buka dan tutup sesuatu pasaran serta harga tertinggi dan terendah sepanjang satu jangka masa tertentu. Jenis bar harga yang sangat popular adalah candlestick. Candlestick (kaki lilin) adalah sangat mudah digunakan untuk menyemak harga buka dan tutup pasaran serta paras harga tertinggi dan terendah sepanjang satu jangka masa tertentu.
Pedagang cenderung untuk menggunakan bar harga yang digabungkan dengan alat teknikal lain, termasuk paras sokongan dan rintangan.
Memahami Kaki Lilin
Mari kita lihat dua jenis lilin biasa yang digambarkan di atas.
Lilin Penurunan (Bearish Candle)
Lilin penjual kebiasaannya dipanggil bearis. Ia dipanggil sebagai kaki lilin bearis sekiranya harga tutup lebih rendah daripada harga buka. Badan sebenar lilin bearis kebiasaannya berwarna hitam atau merah. Bahagian atas badan lilin merujuk kepada harga buka, manakala bahagian bawah badan lilin pula merujuk kepada harga tutup. Garisan menegak yang terbentuk daripada badan lilin dipanggil “bayang” (juga dirujuk sebagai “sumbu” atau “ekor”). Bayang ini mewakili harga tertinggi dan terendah dalam tempoh tersebut.
Lilin Kenaikan (Bullish candle)
Badan sebenar lilin pembeli (bullish) berwarna putih atau hijau. Anda dapat melihat lilin kenaikan ini apabila harga tutup lebih tinggi daripada harga buka. Bahagian bawah lilin kenaikan menunjukkan harga buka, dan bahagian atas menunjukkan harga tutup.
Pola carta
Apabila memerhatikan gambaran keseluruhan pergerakan harga pada carta, ia mudah untuk melihat pola-pola tertentu. Pola-pola ini sangat membantu dalam mengenal pasti arah harga pasaran di masa hadapan. Oleh itu, mengenali pola ini juga dapat membantu membuat keputusan perdagangan yang baik.
Interpretasi Tindakan Harga
Sudah jelas sekarang bahawa tindakan harga mengatakan harga adalah raja. Dengan melihat kepada carta harga, pedagang membuat andaian mengenai trend. Di sini, data objektif ditambah dengan interpretasi pedagang. Sebagai contoh, pedagang kami memerhatikan pertumbuhan yang konsisten di carta dan merumuskan trend kenaikan harga (bulis). Kemudian pedagang memikirkan cara hendak menggunakan situasi semasa dalam pasaran untuk kepentingannya. Ia dikenali sebagai mengenal pasti peluang. Katakan pedagang membuat kesimpulan bahawa harga sudah menghampiri kemuncaknya dan akan berubah arah. Pedagang mengambil keputusan untuk menjual. Sekiranya ramalannya betul, ia akan menghasilkan keuntungan. Jika tidak, dia akan mengalami kerugian. Oleh itu, setiap situasi pada carta agak samar-samar. Semakin banyak pengalaman anda, semakin tinggi kemungkinan untuk anda menafsirkan carta dengan betul.
Adakah Perdagangan Tindakan Harga Menguntungkan?
Perdagangan berdasarkan tindakan harga sepenuhnya boleh mendatangkan keuntungan. Rekod pergerakan harga terkini dapat memberitahu tingkah lakunya di masa hadapan. Oleh itu, sekiranya ditafsirkan dengan betul, pedagang boleh memanfaatkan data pada carta harga dan menjana keuntungan.
Pada masa yang sama, kami cenderung untuk mempercayai pendekatan holistik dalam perdagangan yang melibatkan penggunaan beberapa penunjuk teknikal dan perhatian kepada data fundamental. Sesetengah orang mengatakan analisis fundamental tidak penting, mengambil contoh peristiwa yang tidak mempengaruhi pasaran atau mempengaruhinya dalam cara yang berlawanan dengan ramalan yang dibuat. Kami percaya ini adalah pengecualian yang membuktikan peraturan tersebut. Carta mungkin betul, tetapi pergolakan ekonomi mungkin mengatakan sebaliknya dan mengubah arah secara radikal. Ini sebabnya kami mencadangkan anda untuk melanggan surat berita harian kami yang dapat membantu anda mengikuti peristiwa ekonomi utama yang mungkin akan mempengaruhi instrumen yang anda dagangkan.
Strategi Perdagangan Tindakan Harga
Tindakan harga adalah alat yang sangat berguna dalam membina strategi perdagangan. Oleh itu, terdapat beberapa strategi tindakan harga dalam perdagangan forex yang dibina berdasarkan data pergerakan harga. Mari lihat cara kita boleh berdagang dengan tindakan harga dalam strategi yang mudah.
Strategi Pola Tukul
Pola tukul diberi nama sedemikian kerana bentuk lilin yang menyerupai sebuah tukul (lihat gambar di bawah).
Pola ini menunjukkan isyarat kenaikan (bulis) atau dengan kata lain, ketidakupayaan penjual untuk menurunkan harga. Jadi ia menunjukkan kemungkinan pertumbuhan pasaran.
Titik masuk: Anda disarankan untuk masuk perdagangan apabila salah satu lilin seterusnya melepasi paras tinggi lilin tukul. Paras tinggi untuk lilin tukul kedua (18 Januari, 2021) adalah 1.3597. Jadi, kita masuk perdagangan apabila harga mencecah 1.3598.
Henti rugi: Satu paras yang baik untuk henti rugi adalah paras terendah lilin tukul. Kita tetapkan henti rugi untuk keadaan di mana tiada pembeli memasuki pasaran sehingga harga turun. Inilah sebabnya kita tidak tetapkan henti rugi terlalu hampir dengan harga masuk. Oleh kerana paras rendah tukul pertama adalah 1.3519, kita tetapkan henti rugi pada 1.3518.
Titik keluar: Kita mempunyai beberapa pilihan untuk menutup perdagangan dengan keuntungan. Cara pertama adalah dengan menetapkan trailing stop. Kedua, menunggu sehingga harga sampai ke tahap rintangan. Dan terakhir, keluar dari perdagangan pada penutup lilin apabila perdagangan dalam keadaan untung. Anggaplah kita keluar apabila harga mencecah 1.3709.
Hasilnya: Dengan membuka perdagangan pada 1.3598 dan menetapkan henti rugi pada 1.3518, kita menanggung risiko 80 pip. Berdagang 0.1 lot menunjukkan sekiranya harga kembali ke paras permulaan, ia akan mencecah henti rugi. Ini akan menjadikan kerugian keseluruhan adalah $80. Sekiranya pasaran didagangkan sehingga mencecah harga sasaran, kita akan tutup perdagangan dengan keuntungan $111.
Uji Strategi Menggunakan Akaun Demo
Sekiranya anda belum pernah berdagang sebelum ini dan berasa takut dengan idea yang anda akan kehilangan duit, nasihat terbaik untuk anda adalah membuka akaun pembelajaran di JustMarkets. Luangkan sedikit masa untuk mengenali antara muka platform, pelajari fungsinya, dan buat beberapa pesanan perdagangan untuk mencuba strategi yang baru anda baca. Ia bebas risiko kerana tidak memerlukan deposit. Belajar dengan latihan tetapi jangan rugi semasa belajar!
Sekiranya anda bukanlah baru dalam dunia perdagangan forex, kami menyarankan anda untuk membuka akaun sebenar di JustMarkets dan mendapat kelebihan dengan syarat-syarat perdagangan yang sangat bagus, termasuk tetapi tidak terhad kepada 0% yuran pengeluaran, spread yang rendah, dan peluang leveraj yang baik. Jangan ragu-ragu dan rasai pengalaman perdagangan yang terbaik dengan JustMarkets.
Kesimpulan
Tindakan harga dapat dijadikan sebagai asas untuk sebilangan strategi forex. Untuk memahami perkara yang berlaku pada harga dalam satu jangka masa tertentu dan menjangka pergerakannya untuk masa hadapan, pedagang merujuk kepada carta teknikal. Salah satu carta paling mudah adalah carta kaki lilin. Memahami carta dan pola harga akan memberi sumbangan yang besar kepada hasil perdagangan anda yang positif.