Pasaran Forex adalah satu alat pelaburan paling menarik untuk pedagang individu. Pasaran ini beroperasi 24 jam sehari kerana ia terdiri daripada beberapa sesi. Salah satu daripada sesi perdagangan pasaran Forex ialah sesi Asia Pasifik. Mari kita lihat ciri-cirinya, masa operasi, pasangan mata wang yang harus didagangkan, dan strategi-strategi terbaik.

Apakah yang dimaksudkan dengan sesi Forex?

Mari kita mulakan dengan fakta bahawa pasaran Forex ialah pasaran, tempat untuk mata wang asing didagangkan, dan mata wang tempatan ditukar untuk mata wang lain. Pedagang menerima pendapatan daripada turun naik kadar pertukaran mata wang. Maksudnya ialah matlamat pedagang adalah untuk membeli mata wang pada kadar yang rendah dan menjualnya pada kadar yang lebih tinggi. Forex ialah pasaran 24/7 kerana anda boleh berdagang dari mana-mana tempat anda berada pada bila-bila masa. Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari kerana ia terdiri daripada empat sesi.

Apakah sesi utama Forex di dunia?

Terdapat empat sesi utama di dunia. Sesi pertama ialah sesi perdagangan Sydney (Pasifik) yang bermula pada 9:00 mlm dan berakhir pada 6:00 pg UTC. Sesi kedua ialah sesi perdagangan Tokyo (Asia) yang bermula pada 12:00 pg sehingga 9:00 pg UTC. Sesi ketiga ialah sesi perdagangan London (Eropah) yang bermula pada 7:00 pg sehingga 4:00 ptg UTC. Sesi keempat ialah sesi perdagangan New York (Amerika) yang bermula dari 1:00 ptg hingga 10 mlm UTC.

Apakah perkara yang mempengaruhi pasaran Forex?

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pasaran Forex. Faktor pertama ialah kadar faedah. Apabila bank pusat menaikkan kadar faedah, tarikan pelaburan negara akan meningkat, dan terdapat aliran masuk pelabur dan mata wang yang mengukuhkan mata wang sesebuah negara.

Kadar pertukaran di pasaran juga dipengaruhi oleh keputusan dan berita politik, dan ia mempengaruhi jangkaan ahli pasaran yang sebaliknya boleh mencipta trend melalui tindakan mereka. Selain itu, harga sumber dan situasi dalam pertukaran saham juga mempengaruhi pasaran Forex.

Apakah perbezaan antara sesi-sesi Forex yang berbeza?

Apakah perbezaan antara sesi-sesi perdagangan yang lain? Pertama sekali, ini adalah pasangan mata wang yang paling banyak didagangkan semasa setiap sesi. Kecairan pasangan mata wang dan spread juga berbeza.

Sesi perdagangan Eropah. Hampir 30% daripada semua transaksi di pasaran Forex berlaku semasa sesi Forex London. Semasa sesi London, terdapat sesuatu yang dipanggil “pertindihan” kerana waktu-waktu akhir sesi Asia bertembung dengan waktu mula sesi Eropah.

Pusat kewangan utama yang merupakan pemain terbesar bagi sesi ini terletak di bandar-bandar seperti London, Parsi, Frankfurt, Zurich dan Luxembourg. Ketaktentuan terbesar di seluruh pasaran hanya diperhatikan pada waktu pembukaan sesi London (dari 9 hingga 11 mlm UTC).

Aktiviti ahli-ahli Eropah meningkat dengan tepat semasa sesi ini, jadi turun naik terbesar akan diperhatikan untuk pasangan yang melibatkan mata wang seperti krone Danish, franc Swiss, euro dan paun British. Selalunya, sesi Eropah disarankan untuk pedagang baharu kerana sesi ini dicirikan oleh pergerakan mata wang kuat. Pada waktu akhir sesinya, sesi Eropah juga bertindih dengan sesi Amerika.

Setiap sesi dicirikan oleh aktiviti yang paling banyak semasa waktu awal dan terakhirnya. Ini disebabkan fakta bahawa di permulaan dan di akhir hari, pasaran menerima berita yang mempengaruhi kadar pertukaran. Turun naik mata wang yang kuat adalah peluang untuk mendapatkan keuntungan yang paling besar. Pasangan mata wang ini akan mempunyai spread paling kecil semasa sesi ini.

Sesi Forex Amerika. Pasaran Forex dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk situasi dalam pasaran saham dan juga pertukaran saham Amerika, iaitu pertukaran paling besar di dunia semasa waktu bekerja, mempunyai pengaruh paling besar di pasaran Forex. Kebanyakan laporan ekonomi mengenai ekonomi AS dikeluarkan pada awal sesi perdagangan di New York.

Ia juga perlu diketahui bahawa dolar merupakan mata wang paling popular dalam pasaran, jadi berita dan peristiwa di AS mempengaruhi semua pasangan major. Perdagangan paling aktif berlaku di awal sesi kerana sesi ini bertindih dengan waktu akhir sesi Eropah, apabila pedagang Eropah menutup urus niaganya. Kecairan paling besar dalam pasaran hadir di waktu-waktu pertama sesi perdagangan, dan ia popular untuk berdagang mana-mana pasangan mata wang.

Sesi Forex Asia. Pusat kewangan terbesar bagi sesi Forex Asia adalah di bandar-bandar seperti Tokyo, Hong Kong, dan Singapura. Semasa sesi ini, kira-kira 20% daripada semua operasi perdagangan di pasaran dijalankan. Semasa sesi ini, yen Jepun dan pasangan yang melibatkan yen Jepun (USD/JPY, EUR/JPY, GBP/JPY) didagangkan dengan aktif.

Bukan hanya institusi kewangan, tetapi perniagaan juga memberi pengaruh besar terhadap trend pasaran. Jepun merupakan negara yang mempunyai jumlah eksport yang tinggi, jadi berbaloi untuk memberi perhatian kepada berita berprofil tinggi yang berkaitan dengan syarikat-syarikat terbesar. Berbeza dengan sesi Eropah, ketaktentuan menurun semasa sesi Asia, jadi strategi perdagangan jangka pendek mungkin kurang menguntungkan semasa sesi ini berbanding dengan sesi London atau New York.

Sesi Forex Pasifik. Sesi Sydney dianggap sebagai sesi paling tenang di antara keempat-empat sesi perdagangan utama. Biasanya, semasa sesi Sydney, tiada lonjakan harga yang kuat. Turun naik harga adalah kecil. Apabila pertukaran saham dibuka di Australia, terdapat berita yang mempengaruhi dolar Australia dan New Zealand. Oleh itu, ketaktentuan paling besar boleh diperhatikan dengan tepat dalam pasangan yang melibatkan satu daripada mata wang ini. Selain itu, sesi ini mempunyai volum perdagangan paling rendah.

Masa Terbaik untuk Berdagang semasa sesi Forex Sydney

Waktu paling tidak stabil semasa sesi Sydney ialah waktu-waktu akhir apabila sesi ini bertembung dengan sesi Tokyo. Pada masa lain, sesi perdagangan agak tenang. Oleh itu, ia dipercayai yang sesi Sydney ialah sesi yang sepatutnya dipilih oleh pedagang baharu. Ketaktentuan yang rendah membolehkan kerugian yang sedikit diperoleh sekiranya urus niaga gagal. Jadi, inilah masa untuk mempelajari cara berdagang dan mencari titik masuk dan keluar yang menguntungkan.

Apakah mata wang terbaik untuk didagangkan semasa sesi Sydney?

Walau bagaimanapun, di awal sesi Sydney, terdapat pertindihan dengan sesi Asia, jadi sebagai tambahan kepada dolar Australia dan New Zealand, terdapat pasangan mata wang yang agak tak menentu. Secara umum, pasangan terbaik untuk didagangkan semasa sesi Sydney termasuklah USD/JPY, AUD/NZD, dan AUD/USD, serta pasangan utama EUR/USD, USD/CHF, dan GBP/USD.

USD/JPY ialah pasangan mata wang paling cair semasa sesi Pasifik, jadi anda akan ditawarkan dengan spread paling rendah.

Pasangan AUD/USD ialah pasangan paling tidak stabil, jadi berdagang pasangan ini akan memberi anda potensi keuntungan yang paling tinggi.

Apakah strategi terbaik yang harus digunakan semasa sesi Sydney?

Disebabkan ketaktentuan yang rendah, menggunakan strategi jangka panjang seperti perdagangan kedudukan adalah lebih baik, ini kerana dalam jangka masa pendek, apabila menggunakan leveraj yang kecil, keuntungan itu mungkin tidak ketara, jadi ia lebih logik untuk memegang kedudukan itu dalam masa yang lebih lama dan bergantung pada analisis fundamental.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita dapat memerhatikan bahawa sesi perdagangan Sydney adalah sesi yang paling rendah mengalami ketaktentuan di antara sesi-sesi utama yang lain, jadi ia bagus sebagai latihan untuk pedagang baharu serta strategi perdagangan jangka panjang. Pasangan paling popular untuk perdagangan, dan dengan itu paling tak menentu, adalah mata wang yang merangkumi yen Jepun, dolar Australia, dan dolar New Zealand.