Indeks Pengurus Pembelian atau PMI (Purchasing Managers’ Index), memberi maklumat tentang keadaan-keadaan semasa dan akan datang sesebuah perniagaan. Ia merupakan indikator ekonomi yang dikira berdasarkan tinjauan bulanan pada pelbagai syarikat. Ia membantu menentukan sekiranya keadaan-keadaan pasaran mengembang, menguncup atau kekal sama daripada perspektif pengurus pembelian.
PMI diperoleh dengan menghantar soalan-soalan berasaskan fakta kepada sebilangan besar syarikat dalam sektor yang relevan. Soalan-soalan itu berdasarkan fakta dan berkaitan dengan 5 pemboleh ubah utama: pesanan baharu (30%), pengeluaran (25%), pekerjaan (20%), masa penghantaran pembekal (15%), dan inventori yang dibeli (10%).
PMI menunjukkan arah ekonomi dan membantu ahli-ahli ekonomi meramalkan aktiviti pembuatan di dalam negara. PMI biasanya diterbitkan sebelum data lain, seperti KDNK dan Pengeluaran Perindustrian. Sebagai peraturan, Indeks ini dikeluarkan sekali sebulan dan menunjukkan trend dalam kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Bagaimana cara untuk membaca data Pembuatan dan Perkhidmatan PMI?
Data PMI hendaklah dinilai pada tiga peringkat:
- Anggaran nilai pada tahap 50;
- Dinamik aktiviti perniagaan dari bolan ke bolan;
- Perbandingan nilai sebenar dengan nilai ramalan.
Jika dinamik PMI meningkat dari bulan ke bulan dan nilainya di atas 50, ia membawa maksud pengembangan aktiviti perniagaan dalam sektor. Ini biasanya berlaku semasa tempoh pertumbuhan ekonomi. Jika dinamik bulan ke bulan menurun, tetapi nilainya di atas 50, ia menandakan yang tahap aktiviti perniagaan dalam sektor sedang menurun, tetapi situasi masih dalam kawalan.
Jika PMI jatuh dari bulan ke bulan dan nilainya di bawah 50, ia menandakan penguncupan aktiviti perniagaan dalam sektor. Ini biasanya terjadi semasa tempoh kemelesetan. Jika dinamik bulan ke bulan menaik, tetapi nilainya di bawah 50, ia menandakan yang tahap aktiviti perniagaan masih lemah, tetapi terdapat tanda-tanda pemulihan.
Jika nilai sebenar lebih bagus daripada nilai ramalan, ia positif untuk pasaran. Jika nilai sebenar lebih teruk daripada ramalan, ia boleh dianggap oleh pasaran sebagai negatif.
Mari kita lihat satu contoh yang kukuh. Pada minggu lepas, hari Khamis (23 Jun), negara-negara Eropah yang terkemuka (Perancis, Sepanyol, Itali, dan Jerman) mengeluarkan data PMI untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan. Hampir di kesemua negara, datanya lebih rendah berbanding bulan sebelumnya dan lebih teruk daripada ramalan penganalisis. Akibatnya, mata wang Eropah menurun dengan mendadak dan menutup hari tersebut dengan ‘red candle’. Tetapi, nilai-nilainya masih di atas tahap 50, menandakan walaupun situasi menjadi semakin teruk, tahap aktiviti perniagaan masih tinggi. Ini merupakan parameter tempoh sederhana. Biasanya, apabila tahap aktiviti perniagaan jatuh di bawah 50, bank-bank pusat mula melonggarkan dasar monetari untuk mengelakkan ekonomi daripada mengalami kemelesetan.